Connect with us

Artis / Selebriti

” Eh dah besar lah Arabella. Rajin dia mengutip daun-daun tu.. ” – Netizen

Video Anak Dr Amalina Bakri, Arabella Mia Sedang Belatih Untuk Berjalah Raih Perhatian Ramai. Alahai Comelnya Bella, Habis Semua Daun Bella Nak Kutip. Dah Hantar Pergi Belajar Dah Rupanya Bella Ni !!

Hanya berbaki kurang lebih sebulan sahaja lagi, anak sulung Dr Amalina Bakri bakal menginjak usia setahun. Arabella Mia nama yang diberikan untuk si kecil ini. Semenjak Dr Amalina memaklumkan kelahiran Arabella, wajah Arabella menjadi perhatian kerana mewarisi wajah mat saleh daddynya.

Dr Amalina jarang berkongsikan tentang Arabella dan wajahnya juga hanya ditunjukkan secara terbuka ketika majlis resepsi di Kuala Lumpur sebelum ini. Meninjau entry terbaru Dr Amalina di akaun Instagram miliknya, telah dikongsikan satu video terbaru Arabella.

Arabella kelihatan sedang berlatih berjalan di sebuah kawasan lapang dan dibiarkan tanpa memakai kasut. Teruja warganet melihat perkembangan Arabella. Cepat rasa masa berlalu, Arabella sudah pun mula dihantar ke nursery dan Dr Amalina berkongsikan pengalaman 1st time Arabella ke nursery.

Awalnya Dr Amalina juga gementar untuk melepaskan Arabella ke sekolah tetapi reaksi Arabella yang tersenyum dan tidak langsung berpaling ke arah Dr Amalina dan Alex membuatkan pasangan ini menarik nafas lega. Arabella pandai membawa diri dan kuat sama macam mommynya.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Dr Amalina ini telah pun meraih lebih 21 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Awww how adorable little Bella.. how time flies. bella go to the school.. Alhamdulillah She will be fine… InsyaAllah… They love nature… Esp if you communicate n explain about nature’s beauty as well.. ”

” Baby-baby suka pijak rumput kan.. suka sangat tengok gelagat baby Arabella. may she grow strong and smart, just like her mother.. ”

” Dah besar Arabella, comelnya dia.. Arabella bakal jadi seperti Dr Amalina satu hari nanti.. Goodjob bellaa comel.. ”

” Eh dah besar lah Arabella. Soo cute baby girl ni, suka tengok dia punya mata walaupun sipi-sipi je dapat tengok.. ”

” So exciting, cuteness overload.. Rajin dia mengutip daun-daun. Dah besar Arabella, lepas ni dapat kaki mesti ligat berjalan ke sana sini.. ”

” Cutenya dah besar Arabella. Sekejap je dah besar dia kan.. Pandai betul, macam mommynya. Suka Arabella, natural immunity.. ”

” Cute and sweet arabella. Alahai suka tengok dia jalan tu.. Nanti post banyak lagi video bella macam ni ye.. ”

Nanti apabila Arabella sudah pandai berjalan, tak terkejar lah daddy dan mommy. Apa-apa pun, semoga yang baik-baik sahaja buat Arabella, membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang membanggakan kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Amalina Bakri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT