Connect with us

Artis / Selebriti

” Best dengar suara Aleeya, tak sangka Aleeya pandai nyanyi.. ” – Netizen

Video Pengasas Avenys, Aleeya Zailan Menyanyikan Lagu ‘Bicara Manis Menghiris Kalbu’ Nyanyian Asal Dato’ Seri Siti Nurhaliza Raih Perhatian Warganet. Ada Yang Cakap Muka Macam Afifah Nasir, Suara Macam Tokti !!

Cantik dan berjaya itulah gambaran paling tepat buat usahawan dan pempengaruh media sosial terkenal, Aleeya Zailan. Bagi yang suka mengikuti akaun media sosial ibu kepada 3 orang anak ini, pasti akan kagum melihat gaya hidupnya yang mewah tetapi masih mesra melayan para pengikutnya menerusi sesi live yang diadakan hampir setiap hari.

Aleeya gemar berkongsi video memasak bersama suaminya, Azri Aziz atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Big Boss’. Pelbagai juadah enak dimasak oleh pasangan suami isteri ini sehingga membuatkan ramai terliur melihatnya. Maka tidak hairanlah kenapa Aleeya mempunyai  pengikut di Instagram mahupun akuan TikTok.

Terbaru, meninjau di akaun TikTok, telah dikongsikan video yang memaparkan Aleeya sedang menyanyi, Menerusi video itu, Aleeya telah menyanyi lagu bertajuk ‘Bicara Manis Menghiris Kalbu’ nyanyian asal oleh penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

Tulis Aleeya, hanya mahu test suara sebelum buat album berserta emoji ketawa. Manakala menerusi video kedua, Aleeya sekali lagi berkongsi video sambungan nyanyiannya atas permintaan para pengikutnya yang belum puas mendengar suara Aleeya menyanyi.

Tonton video di bawah ini (sila tunggu seketika sehingga video di bawah keluar) :

 

 

@avenyshq

angan2 dulu nak jadi penyanyi, tapi bila fikir balik, takyah lah🤣 AVENYS pinjam lagu dato siti nurhaliza je lah😅

♬ Healing Song – Piano Peace

@avenyshq

terkejut dalam live orang asik suh sambung lagu ni😅 aleeya tak de la pandai sangat nyanyi nye. ada part kelaut sumatera jugakk wehhh suara tu😅🫣

♬ original sound – Avenys

 

Kedua-dua video tersebut telah menarik perhatian warganet. Rata-rata mereka memuji suara Aleeya ketika menyanyi. Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan, antara komen-komen menarik adalah :

” First time tgk ada founder yg nyanyi suara sedap tau.. Best dengar suara Aleeya, tak sangka Aleeya pandai nyanyi.. ” 

” Cantik.. Pandai msk, pemurah, baik ati.. Jga kebajikan staff, pndai berniaga.. Puan ckup sifat2 kebaikkn dah.. “

” Alhamdulillah suara sedap.. Cantik plk tu. Untung big boss dpt Alia semoga berbahagia hingga ke syurga Aamiin.. “

” Macam suara Kak Lina Pompom lah, muka ada iras pelakon Afifah Nasi, suara macam Tokti.. Fuhh layan betul dengar Alia nyanyi beb.. “

” Padu juga suara Aleeya yer, hehehe.. Awalnya igt miming, tengok video kedua baru tahu memang suara Aleeya..  Power lah.. “

” Bigboss bg duit hantaran 50k pun tak rugi, semua boleh.. Mau jadi rebutan klau Aleeya jadi penyayi dulu, hehehehe… “

” Pandai masak pandai nyanyi lagi.. Multitalented.. Pandai cari duit pula, cantik.. Pakej lengkap lah Aleeya ni.. Hebat lah.. “

Pertama kali mendengar Aleeya menyanyi, ramai yang tak sangkat Aleeya memiliki suara yang merdu dan sekali dengar seperti suara Elly Mazlein. Ada juga yang mengatakan seperti suara Dato’ Siti. Apa-apa pun video itu hanyalah sekadar hiburan Aleeya buat para pengikutnya di akaun TikTok.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok @avenyshq, IG aleeyazailan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT