Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia yang buat perangai, dia pulak suruh mommy dia tenang, haha.. ” – Netizen

Perkongsian Zahirah Macwilson Kejadian Tak Diduga Dilakukan Oleh Anaknya, Isaac Raees Buat Peminat Terhibur. Adui Isaac, Bercerita Sambil Menahan Marah Mommy Awak Tau. Kata-Kata Isaac Pada Zahirah Tu Memang Lawak Lah. Panjang Akal Nak Selamatkan Diri Ye Isaac, Haha !!

Meninjau entry terbaru di akaun Tiktok Zahirah Macwilson, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zahirah bercerita kejadian yang berlaku di rumahnya pada hari itu. Ianya tidak lain tidak bukan dilakukan oleh si comel yang semakin cheeky, Isaac Raees.

Ujar Zahirah, Isaac sedang bermain slime dan Zahirah hanya meninggalkannya selama 2 minit sahaja terus terjadi insiden tersebut. Rupanya Isaac telah tertumpahkan slime dan ianya melekat di atas carpet. Pandai Isaac datang menghampiri Zahirah dan memberitahu dia sayangkan mommy.

Dalam memberi ayat manis, Isaac turut mengatakan dia telah melakukan sesuatu di atas carpet. Zahirah cuba memberikan reaksi yang tenang dan mengikut Isaac untuk melihat apa sebenarnya yang jadi. Melihat sahaja rupa carpet barunya, boleh ‘pecah’ jantung mommy tu Isaac, hehe.

Lawak pula mendengar kata-kata Isaac menenangkan Zahirah dengan mengatakan ‘ it’s okay mummy nanti orang carpet akan datang cuci ‘ .Β Dengan muka tidak bersalah dan tersenyum-senyum, mommy pun tak tahu reaksi apa yang hendak diberikan. Luar nampak tenang tapi dalam hati siapa yang tahu, hehe.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )Β 

@zahirahmacwilson

It was alot more than THAT!

♬ original sound – Zahirah Macwilson – Zahirah Macwilson

Sehingga kini, lebih 74 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Hahahahaha.. it’s okay mummy nanti orang carpet akan datang cuci .. adui lawak betul isaac ni. akal panjang budak ni.. ”

” Sabar mommy sabar haha.. Isaac mujur la mak ko ni bukan macam mak aku dik. kalau mak aku, mahu kena kejar satu rumah ni haha.. ”

” Susahhh uiii nak hilangkan slime dekat karpet haha. amboiii isaac orang carpet datang cuci eh haha.. terbahak aku ketawa tengok muka Isaac tu.. ”

” Bertuah punya Isaac haha.. Isaac, mummy awak bercerita sambil melepaskan marah tu.. awak boleh senyum-senyum lagi haha.. ”

” Wonder mcm mana mommy dia marah.. ni kira mak hang baik tauuu isaac haha.. kita pulak terikot dak zahirah tarik nafas panjang.. ”

” Berasap kepala mummy menahan marah haha.. “its okay mommy” hahah Isaac isaac.. aku memang terbahak ketawa dh sambil tengok muka Zahirah ni.. ”

” Geramnyaaaaaaaa dia cakap nanti orang karpet datang cuci haha.. dua-dua comel ni. Boleh rasa dia punya fuming tu. Crying inside haha.. ”

” Dia yg buat perangai dia pulak suruh mommy dia tenang haha. bijak bijak hahaha.. orang carpet datang cuci mommy kihkih. cerdik terlajak isaac ni.. orang carpet dah datang cuci ke belum haha.. ”

Mahu bercampur baur perasaan mommy ketika itu, nak marah tidak boleh kerana kata-kata dan wajah Isaac yang comel itu. Jadinya senyum sahaja lah walaupun dalam hati berapi-api, hehe. Mulut manis lah Isaac, dari hendak mengamuk pun boleh tergelak jadinya. Bertenang mommy, nanti orang carpet datang cuci okey, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Zahirah Macwilson

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT