Artis / Selebriti
” Dia tekup muka maknya, lawak betul lah Afwa ni, haha.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Siti Nurhaliza menyakat anaknya, Muhammad Afwa buat ramai terhibur. Part reaksi Afwa ketika Tokti pura-pura menangis tu paling kelakar. Macam tu je Afwa tekup muka Tokti ye. Part last tu Afwa pulak yang merajuk, haha..
Bagi yang mengikuti perkembangan penyanyi terkenal, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, pasti mengetahui yang DS Siti sekarang sering meluangkan masa membuat sesi live di media sosial miliknya terutamanya di laman Instagram dan TikTok untuk mempromosikan produk dan berinteraksi dengan peminat-peminat.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik muhdafwakhalid, telah dikongsikan video yang memaparkan DS Siti sedang membuat live. Namun, gelagat anak lelakinya, Muhammad Afwa yang datang meminta untuk mahu bermain iPad buat ramai terhibur.
Bukan itu sahaja, telatah DS Siti menyakat Afwa dengan berpura-pura menangis juga mencuit hati ramai. Setelah melihat ibunya menangis dan berkata ‘Afwa tak sayang ibu’ , Afwa terus datang memeluk DS Siti dan berkata dia sangat menyayangi ibunya.
Selain itu, DS Siti juga mengusik Afwa dengan bertanya kepada warganet adakah kanak-kanak boleh bermain iPad. Mendengar apa yang dikatakan oleh ibunya, Afwa terus merajuk dan pergi meninggalkan DS Siti. Sehingga kini, video DS Siti menyakat Afwa tersebut telah mendapat ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dia tekup muka maknya, lawak betul lah Afwa ni, haha.. Afwa ni tak pernah tak comel, muka garang2 pun comel sangat.. “
” Macam tu jer Afwa tutup muka ibu dia, berdekah kita tengok.. Afwa2, macam2 gelagat dia buat, alahai cepat betul dia dah besar.. “
” Skill ibu powerr.. Solute.. Last2 datang juga Afwa bila tengok ibu dia menangis, haha.. Kiut sangat lah Afwa, eee geram betul tengok.. “
” Hahha buat cmtu Afwa lemah… Afwa tak syg ibu.. Baru dtg peluk ibu yer.. Afwa ckp “ibu sayang intan payung” , hahahaha.. “
” Merajok dah afwa tokti habislah.. Afwa, Afwaa ada aje dia gi kacau ibu.. Budak sekarang memang, kalau tak boleh tengok iPad, mahunya tak nak duduk.. “
” Ibu pn dh pandai mimik Afwa,gunakan senjata afwa utk afwa… Hahahahaha kelakar juga Dato’ Siti ni, kuat menyakat anak, haha.. “
” Afwa ja boleh buat centu kat biduanita negara kita tau.. Org lain tak bole.. Haha comel Afwa.. Mak Iti pun boleh tahan kelakar.. “
Tak sangka DS Siti juga suka anak. Sempat lagi menekup muka ibunya. Ada sahaja gelagat Afwa ini membuatkan ramai tak kering gusi ketawa. Apa-apa pun, semoga Afwa terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat ibu dan ayahnya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG muhdafwakhalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Blend betul lagu ni dengan suara Hadie. Versi akustik macam ni lagi syahdu.. ” – Komen Netizen