Artis / Selebriti
” Dia tak nak juga kalah dengan Penang dia tu. Lawak betul lah budak Jebat ni, haha.. ” – Netizen

Video Jawapan Anak Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden Apabila Ditanya Antara Nasi Kerabu Atau Nasi Kandar Yang Mana Satu Pilihan Hatinya. Amboi Bersungguh Jebat Bagi Penerangan Nasi Yang Dia Suka. Siap Buat Gaya Tangan Lagi, Haha !!
Sebut sahaja nama anak pelakon Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden pasti ramai yang mengenali si cilik ini. Bukan sahaja memiliki wajah yang comel, malah Jebat juga suka membuat kelakar dan gelagatnya itu membuatkan yang melihat pasti tak kering gusi ketawa.
Meninjau di akaun Instagram noorintanz, telah berkongsi satu video yang memaparkan reaksi Jebat apabila ditanya antara nasi kerabu atau nasi kandar, yang mana satu menjadi pilihannya. Pada awalnya Jebat telah mengatakan nasi kerabu itu asalnya dari negeri Kelatan.
Jebat turut mengajak ‘lawan’ nasi kerabu atau nasi kandar yang mana lagi sedap. Namun setelah ditanya berkali-kali, Jebat mengakui kedua-duanya dia suka. Sebelum itu Jebat membuat gaya tangan untuk menunjukkan ‘ranking’ antara nasi kerabu dan nasi kandar yang mana lebih disukainya.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan Jebat bijak menjawab pertanyaan tersebut. Sehingga kini, video Jebat itu telah menerima ribuan tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan jawapan yang diberikan oleh Jebat dan antara komen-komen warganet yang menarik adalah :
” Dia tak nak juga kalah dengan Penang dia tu, lawak betul lah budak Jebat ni, hahaha.. Penat gelak tengok gaya dia jawab tu.. “
” Kelabu.. Kelabu la.. Pandai Jebat ambik hati baba dan mummy dia.. Nasi kelabu vs nasi kandaq, hehehe.. Ger4m tengok budak ni.. “
” Bagus jawapan Jebat ni. Adil dan saksama.. Sayang Mama & Baba lah tuu, bijak ank baik.. Moga Allah merahmati adik & keluarga.. “
” Bijak betuL.. Cara dia pusing sebiji gaya baba dia, hahahaha… Jebat pandai ambik hati noh.. Dua2 dia suka.. Tapi paling suka nasi kandaq.. “
” Duk kelip2 mata tu mcm pak hang la Jayden… Bak kata orang kelate, bijak dooh anak capur kelate n penang ni, hahaha.. “
” Hahahahaha budak ni, hahaha ada ja jawapan dia nk spin.. Mulut macam makcik-makcik, hahahaha riuh sekampung bila cakap.. “
” Pandai dia amek hati mommy dgn babah dia.. Betul tu kena pilih la dedua.. You hv such a beautiful heart Jebat Jayden.. “
Alahai ada sahaja jawapan yang kelakar yang diberikan oleh Jebat. Akhir sekali dua-dua nasi menjadi pilihan Jebat, pandai Jebat beri jawapan. Apa-apa pun semoga Jebat terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG noorintaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Banyak kali saya menangis hari ni. Terharu tengok keluarga YB menerima Bella seadanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Takkan lah friendzone macam tu, banyak hint dah bagi.. ” – Didi Astillah