Artis / Selebriti
” Dia punya tahan gelak tapi nak tergelak juga, lawak betul Remy.. ” – Netizen

Video Remy Ishak Melakonkan Watak Sebagai Sultan Dalam Rancangan Ubi Superstar Live Mencuit Hati Ramai. Spontan Je Remy Cakap, Boleh Pulak Dia Tahan Gelak. Pandai Melawak Juga Remy Ni Rupanya, Hehe !!
Semalam merupakan kali pertama rancangan Ubi Superstar Live bersiaran. Pada minggu pertama ini, artis jemputan adalah pelakon Remy Ishak, Marsha Milan dan Che Man dengan membawa kisah mengenai kesultanan Melaka.
Dalam video yang dikongsikan oleh akaun Instagram Astro Gempak telah berkongsi lakonan Remy di atas pentas. Dalam video itu, Remy seakan gement4r dan Remy menyatakan yang dia sudah lama tidak berada di atas pentas.
Dalam perkongsian video lain, Remy telah ditemuramah oleh wartawan setelah selesai melakukan persembahan. Remy mengakui yang dia sudah lama tidak terlibat dengan pementasan. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet.
Ada yang mengatakan terhibur melihat cara Remy yang cuba untuk menahan dari ketawa dan lagaknya yang spontan bercakap. Sehingga kini video ini telah menerima lebih 5 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan telatah Remy. Antara komen-komen menari adalah :
” Dia punya tahan gelak tapi nak tergelak juga, lawak betul Remy.. Tema istana ni berat sikit agaknya nk dilawakkan. Tema santai2 kampung2 ke jiran setaman kan simple, audience pun boleh relate.. “
” Baru first je, rileks tenang, nampak Remy berisi sikit lah sekarang. Maklum lah dah kahwin, tengah bahagia kan.. “
” Terbaik lah Remy, tak pe nanti lama2 dah biasa ok lah tu. Comel je tengok Remy tahan ketawa tu, hehehe.. “
” Mungkin nerv0us 1st time jadi sultan kan, hahahaha. Remy ni boleh tahan kelakar juga kan, spontan je dia cakap.. “
Sekali Remy cakap, berdekah penonton. Biasa lah tu, apabila sudah lama tak berada di atas pentas dan berlakon secara live depan penonton sememangnya akan rasa gementar sedikit. Tapi lakonan Remy membawa watak sultan memang terbaik lah.
Untuk sekadar info baru-baru ini, pelawak Shuib Sepahtu dan Ajak telah mengumumkan tampil dalam program komedi Ubi Superstar bergandingan bersama Fad, Sharif Zero dan Namie. Rancangan ini bersiaran setiap hari Khamis pada jam 9 malam.
Silakan SHARE..
Sumber : IG astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen