Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia orang yang masuk dalam air, aku yang tahan nafas.. ” – Netizen

Video Hairul Azreen Melatih Yusuf Iskandar Dan Alisa Aisyah Menyelam Cur1 Perhatian Peminat. Fuh Dah Macam Dalam Paskal, Peminat Pulak Yang Berdebar. Hebat Lah Yusuf Dan Alisa Ni, Berani Betul !!

Sunday is family day, itu ayat yang cukup sinonim untuk Hairul Azreen dan keluarga kecilnya. Sememangnya Hairul dan Hanis Zalikha mengamalkan budaya setiap hari Ahad diperuntukkan sepenuhnya untuk bersama keluarga.

Meninjau akaun Instagram Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Hairul sedang melatih Yusuf dan Alisa menyelam di dalam kolam renang. Hairul sememangnya hebat dalam menyelam lebih-lebih lagi pernah berlatih menyelam untuk filem Paskal.

Menggunakan kepakaran yang ada, Alisa dan Yusuf dilatih untuk menahan nafas sambil menyelam. Comel sahaja aksi daddy Yusuf dan Alisa memaut anak-anak sambil menyelam itu. Dengan peminat pun terikut sama menahan nafas melihat aksi mereka bertiga ini.

Dapat dilihat Yusuf dan Alisa berjaya menyentuh lantai dasar kolam dan perlahan-lahan mempelajari cara menahan nafas. Hebatlah ada daddy seperti Hairul, banyak aktiviti berfaedah yang diajarkan untuk anak-anak.

Jom tonton video di bawah :

Video gelagat Hairul bersama anak-anak ini telahpun meraih hampir 45 ribu likes sehingga kini. Antara komen-komen peminat :

Fuhhhh saya pun takde water confident camni. Tahannya nafas dia, good job Yusuf dan Alisa.. “

” Bestnya tengok swim sambil diving, Aduh macamana Hairul boleh senyum nampak gigi ek dalam air, hebatlah.. “

” Untunglah daddy dia paskal. Sekali dengan aku tahan nafas ni kenapa haha. Daddy hebat, anak-anak pun hebat jugak.. “

” Tengok video ni kita pulak yang tahan nafas haha. Suka tengok anak-anak Hairul, berani.. “

” Sy memang minat dgn family ni.. bkn krn dia byk duit, tp cara khidupan diaorg yg tlalu sempurna dlm didikan.. “

” Bestnya untung daddy ex paskal. Hebat sungguh la anak beranak pandai menyelam, terhebat.. “

” Anak-anak paskal, power lah dua beradik ni. Dia orang yang masuk dalam air, aku yang tahan nafas.. “

Memang seronok tengok aksi 2 beradik ini, berani sama seperti daddynya juga. Dari kecil sudah terlatih dengan aktiviti begini, tentu besar nanti boleh menjadi sehebat Hairul. Apa-apa pun, semoga Yusuf dan Alisa menjadi anak yang soleh dan solehah serta kebanggaan keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Yusuf Iskandar, IG Alisa AisyahΒ 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT