Artis / Selebriti
” Dia ni suara macho gila, tak perlu muzik pun sedap.. ” – Komen Netizen

Video nyanyian Aqasha berjudul Ku Cari Damai Di Hati ketika muzik dihilangkan raih pujian ramai. Wah macho betul suara Aqasha. Tanpa muzik pun sedap. Ramai yang love teruk dengar..
Meninjau ke akaun Tiktok Puteh Langit, perkongsian sebuah video yang memaparkan persembahan nyanyian daripada Aqasha telah meraih perhatian ramai. Aqasha menyanyikan lagu berjudul Ku Cari Damai Di Hati pada persembahannya minggu lalu.
Ramai peminat yang memuji suara nyanyian Aqasha yang sudah lama tidak membuat kemunculan dalam dunia seni suara tanah air. Aqasha sudah lama tidak menghasilkan album baru dan persembahannya ini mengubati rindu para peminatnya.
Apa yang menarik ialah apabila muzik lagu ini dihilangkan, suara Aqasha tetap sedap didengar. Terbukti bahawa Aqasha merupakan seorang penyanyi yang berbakat besar. Suaranya juga tidak menyamai dengan mana-mana penyanyi lain.
Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Aqasha bukan sahaja berbakat dalam nyanyian malah juga dalam bidang lakonan. Kebanyakan drama dan filem lakonan Aqasha tidak pernah mengecewakan.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@puteh_langit
Di ruangan komen, ramai yang memuji suara Aqasha yang dikategorikan sebagai suara lelaki macho. Antara komen-komen yang diberikan :
” Lagu embun by aqasha terbaik.. tak perlu musik pun sedap. dia mmg antara lelaki melayu yg handsome… sebaris dgn badrul muhayat tu jgak.. “
” Drama Gemersik Kalbu yang Aqasha & Ayu Raudhah berlakon tu best sgt lagu ost Obsesiku pun best.. macho suara aqasha..lagu embun best.. “
” Kenapa la aqasha tk masuk gv, suara nya sdp macho gitu.. kat sekolah dulu, dia pengawas paling hensem Tau.. Love terok dgn Aqasha ni. Very manly voice.. “
” Hope ada pengarah ambik dia jd hero kat drama.lama x tgk dia main drama.. Dah lah best suara.. muka pun handsome.. “
” Suara sedap, berlakon pun best. dulu pernah tgk 1 drama aqasha berlakon dgn rita rudaini. time tu rasa alahai sweet nye sbb sorg hensem sorg cantik.. tiber .. “
” Dia nie suara machoooo gila… suka sgt dia berlakon tp sekrg mcm lbh byk menyepi.. mungkin x da prosedur nk amik dia sbb dh tua.. tp dia lah berlakon antara paling best.. “
” Dia xnak masuk gv kee … confirm aku org pertama yangg akan sokong dia.. mcik memang suka Aqasha nyanyi minat sgt dia menyanyi dgn gitar.. “
Ada peminat yang berharap agar Aqasha membuat kemunculan semula dalam program Gegar Vaganza. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan agar Aqasha terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya kini dan terus maju ke hadapan.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Puteh Langit
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Qalqalah, makhraj, tajwid superb. Saya yang ikut baca pun tak sempat nafas, tercungap-cungap dah.. ” – Komen Netizen