Artis / Selebriti
” Dia cakap tahun ni, dia tak akan buat menu berbuka puasa macam selalu dia buat.. ” – Ridzuan Ridzokumura

Video Ridzokumura berkongsi cerita mengenai sikap arwah isterinya, Akiko sebelum pemergiannya buat ramai sebak. Akiko seolah-olah macam sudah tahu akan pergi tinggalkan suami dan anaknya. Part Ridz cakap Akiko tak nak buat menu berbuka tu paling sedih..
Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan perkhabaran duka iaitu isteri usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura telah pergi buat selama-lamanya. Perkongsian itu dikongsikan sendiri oleh Ridz di akaun Instagram miliknya.
Sehingga ke hari ini, kisah pemergian Akiko masih membuat ramai menjadi sebak kerana sangat mengejutkan. Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik chaatwin32, telah dikongsikan video Ridz membuat live. Menerusi video itu, Ridz berkongsi keadaannya setelah pemergian Akiko.
Kata Ridz, keadaannya tidak terurus kerana setiap hari mengingati Akiko. Namun begitu, akui Ridz dia perlu kuat demi anak mereka, Sky. Selain itu, Ridz juga berkongsi cerita sebelum pemergian Akiko. Akiko pernah berkata kepada Ridz yang tahun ini dia tidak akan menyediakan juadah berbuka puasa seperti selalu yang dilakukannya.
Tambah Ridz lagi, dia ada memuji wajah Akiko sangat cantik tanpa mengenakan sebarang makeup baru-baru ini ketika pulang dari Jepun. Selepas pada itu, Akiko tidak langsung mengenakan makeup sehingga lah ketika pemergiannya. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.
Tonton video di bawah :
@chaatwin32
@chaatwin32
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan mereka juga memberikan kata-kata semangat kepada Ridz. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Barulah kita faham kenapa abg ridz tak pelik arwah tidur kat bilik tetamu mlm tu, dan kenapa dia tak kejut arwah tidur kt dalam bilik sama2.. “
” Saya ada ulser usus.. Hari tu last endoscopy dkt bawah banyak sgt ulser.. Mkn ubat jg dan review pakar.. Kdg2 kan ulser ni buat kita rasa ketakutan dan anxienty.. “
” Suka abg ridz ni sejujur2 manusia.. Saya doakan smoga abg dan sky kuat dlm menempuh ujian ni. Insya allah mesti ada hikmahnya.. Al fatihah bt akiko.. “
” Kena move on… Relakan pemergian tersayang.. Doa banyak2 untuk allahyarham kalau sayang pada dia… She is a wonderful woman.. “
” Dia makan masa utk pulih dek. Alhamdullillah mengasihi dia. Allah mengasihi Ridz sebab tu ada kekuatan.. Sebak dengar Ridz bercerita.. “
” Solat jgn tinggl.. kita mgadu pd Dia yg maha esa.. Krinduan ksedihan kita mngadu pd Dia.. Sy pnh alami mcmni.. Sabar bnyk.. Ingt kn Allah.. “
” Selalu memang macam tu, bila orang tu dah meninggal baru kita sedar, dia sebenarnya dah ada bagi hint akan pergi tinggalkan kita.. Abg lps sembahyang setiap hari setiap waktu abg baca la AL Fatihah hadiah utk arwah insyaallah abg akan jd tenang.. “
Sebak mendengar luahan Ridz. Lebih-lebih lagi ketika Ridz berkata dia tidak kuat untuk keluar bertemu rakan-rakan kerana masih mengingati arwah isteri. Apa-apa pun, didoakan semoga Ridz dan Sky akan terus kuat dan tabah menjalani kehidupan mereka. Semoga arwah Akiko ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dikasihi Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok chaatwin32, IG ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedihnya berlinang air mata baca pesanan ibu Akiko. Sayangnya dia pada abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Dah lah cantik, muka unik nampak ala ala Jepun. Perwatakan sopan dan happy go lucky.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Mira, dia tak try hard nak rapat dengan Fatima. Dia biar Fatima selesakan diri dia dengan Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bilal mengaji macam orang dewasa. Sebutannya jelas, siap berlagu lagi. Abbas pun ikut mengaji sama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ni bukan setakat riak, siap menunjuk, ujub, takbur, riak. Semua ditapaunya, haha.. ” – Komen Netizen