Artis / Selebriti
” Dia buat korek hidung dengan telinga bucu tudung tu. Buat pasal lah Syamel, haha.. ” – Netizen
Video ‘POV’ Pagi Raya Terbaring Atas Tudung Isteri Lakonan Syamel Buat Ramai Terhibur. Ramai Yang Minta Part Kedua. Kelakar Lah Syamel, Siap Korek Hidung Lagi. Kalau Ernie Tengok Mahu Merajuk Ni, Hehe !!
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi Syamel telah dikongsikan satu video baru yang memaparkan dirinya berlakon video ‘POV’ Pagi Raya Terbaring Atas Tudung Isteri. Pada awal video, Syamel yang segak mengenakan baju Melayu berwarna hijau baru masuk ke dalam sebuah bilik.
Seronok menonton perkongsian di telefon, Syamel terus baring di atas katil yang telah diletakkan sehelai tudung berwana hitam yang sudak diseterika. Telatah Syamel mengambil bucu tudung tersebut untuk mengorek telinga dan hidungnya mengundang tawa warganet.
Pada akhir video, Syamel baru tersedar yang dirinya duduk di atas tudung itu dan wajahnya sangat risau dengan apa yang bakal terjadi. Ada peminat menyakat mahu menonton lagi sambungan video ini dan ingin tahu keadaan Syamel selepas dia baring di atas tudung isteri.

Sehingga kini, video lakonan Syamel itu menerima ribuan tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Habis lah kalau tudung tu milik Ernie, dapat bayangkan wajah Ernie kalau marah dan merajuk, mesti pecah peluh Syamel dibuatnya, haha.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan lakonan Syamel itu dan memberikan pelbagai kata usikan kepada Syamel. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dia buat korek hidung dengan telinga bucu tudung tu. Buat pasal lah Syamel, haha.. Jangan bagi sampai Ernie tahu yer, hahaha.. “
” Kami nak tengok sambungan dia.. Kak Ninie join tak.. Hahahaha apalah nasib Bang Mel yer.. Kau memang g4ngster Bang Mel
” Kalau kita iron balik, tak masalah besar. Yg paling masalah besar kalau dah terduduk gitu pastu bikin korek hidung & telinga lagi.. “
” Silap haribulan badmood seharian pergilahh beraya sorang sorang hahaha.. Tak jadi masalah klu iron balik tp kena iron betul2 la.. “
” Terus beli tudung baru ye bang.. Jngan bagi Ernie garang dari Kedah tu datang, masak nanti bang mel oii.. Hahahaha.. “
” Baring okay lagi, dia siap korek korek habis laa bercop tudung bini tu.. Lepastu cover cakap hingus anak.. Banggg pantanggg org perempuan kacau tudung yg dh di iron.. “
” Tu periuk api tu.. Ni boleh perang dunia meletus jgn buat hal bangmel.. Kalau masih belum menyesal tak tau la.. Haha tahu da kan akibatnye.. “
Buat hal lah Syamel, kalau betul-betul tudung Ernie habis lah Syamel. Benar apa yang dikata oleh warganet, jangan buat pasal bab tudung yang sudah diseterika. Si isteri boleh bertukar jadi raksasa kalau tengok tudung dia berkedut. Apa-apa pun, kita nantikan mana tahu video ini ada part 2.

Silakan SHARE..
Sumber : IG syamel_official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin



