Connect with us

Artis / Selebriti

” Di sini kita dapat lihat bahawa Malik KL Gangster pun kalah dengan bini, haha.. ” – Komen Netizen

Gara-gara muatnaik video part 2 trend kalau nak kahwin dua, senyum, Dato’ Aaron kongsi video tindakan isterinya susulan video tersebut. Adoi Malik, baru sampai rumah terus kena dengan isteri. Pasrah betul muka, terus hilang yer yang ketap-ketap bibir tu, hehe..

Beberapa hari lalu, pelakon terkenal, Dato’ Aaron Aziz ada berkongsi dua video yang memaparkan Dato’ Aaron menerima soalan dairpada isterinya, Datin Diyana Halik. Menerusi video pertama, Datin Diyana menulis di telefon ‘ kalau nak kahwin dua, senyum’  .

Menerusi video pertama, kelihatan Dato’ Aaron cuba menahan untuk senyum. Namun, Dato’ Aaron memuatnaik video kedua dengan menulis part 2 . Menerusi video itu pula, Dato’ Aaron memberikan reaksi senyum sambil mengetap-ngetap bibirnya dan sekali gus menjawab soalan yang diberikan oleh Datin Diyana dalam video pertama.

Terbaru, Dato’ Aaron sekali lagi memuatnaik video yang dirakamkan oleh Datin Diyana sendiri. Datin Diyana berkata ini merupakan sambungan kepada video sebelum ini gara-gara ramai yang seronok menonton video part 2 yang dikongsikan oleh Dato’ Aaron.

Kelihatan Dato’ Aaron baru pulang dan ketika pintu rumah baru dibuka, Datin Diyana telah menghulurkan dua biji bantal kepada Dato’ Aaron. Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet dan ada yang berseloroh, Dato’ Aaron yang membawakan watak Malik dalam KL Gangster pun kalah dengan isterinya.

Tonton video di bawah ini :

Video yang dimuatnaik oleh Dato’ Aaron sebelum ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur mereka apabila melihat reaksi Dato’ Aaron menerusi video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Di sini kita dapat lihat bahawa Malik KL Gangster pun kalah dengan bini, haha.. Sorry abang, kami semua tak boleh tolong.. “

” Bagi bantal je ke Datin, selimut tak de ke, kesian Dato’ tidur luar tu sejuk tau, hahaha.. Berani buat berani tanggung yer Dato’ , haha.. “

” Sian muka abg…. Mata tu nmpk mcm da ngantuk tp kne tidur luar.. Mesti lupa kan apa yang abg dah buat, haha isteri tak pernah lupa yer abg.. “

” Muka pasrah kena tidur luar tu.. Tp nape bg dua bantal, syg juga kiranya tu hihihi.. Hope lepas ni Abg Aaron tak nakal2 okk.. “

” Content yg pendek tapi manikam kalbu.. Langsi kak..malik pun dia langgar.. Hanya kak je berani buat malik macam tu.. Hahaha.. “

” Terus hilang yer ketap2 bibir tu, hahahaa.. muka terus jadi blur.. Mesti loading kenangkan apa yang dah buat sebelum ni.. Good luck abangggg.. “

” Hahahahahaha apa ni Malik come on, beras kita beli beb.. Tak kan macam ni pun lu dah goyang.. Hahahaha..  Nak part 4 pls.. “

Alamak, baru sampai rumah, sudah kena tidur di luar. Haa tu lah, berani sangat kan Dato’ Aaron. Nampaknya Malik pun boleh kalah dengan isteri. Apa-apa pun, ini hanyalah gurauan suami isteri. Semoga semuanya terhibur menonton video ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG aarondwiaziz, TikTok therealaaronaziz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak