Connect with us

Artis / Selebriti

” Di sebalik effort wife untuk record, ada lagi yang terseks4 tolak chair tu, haha.. ” – Netizen

Gelagat Ernie Zakri Merakam Video Suaminya, Syamel Sedang Menari Buat Ramai Terhibur. Masuk Air Betul Lah Dua Laki Bini Ni, Macam-Macam Hal. Paling Kesian Yang Tolong Tolak Kerusi Tu. Bertabah Lah, Haha !!

Bagi yang suka mengikuti pasangan selebriti, Ernie Zakri dan Syamel pasti mengetahui mereka berdua suka berkongsi video yang mencuit hati tamai. Ada sahaja perangai kelakar secara spontan dilakukan Ernie dan Syamel akan membuat yang menonton pasti tidak kering gusi ketawa.

Meninjau di akaun Instagram milik stesen radio Era telah dikongsikan video yang memaparkan Syamel sedang menari. Pelbagai gaya dilakukan oleh Syamel untuk menghasilkan video tarian yang cantik dan ada style. Namun di sebalik rakaman video itu ada perkara yang melucukan.

Manakan tidak, rupa-rupanya video menarik Syamel telah dirakam oleh Ernie sendiri. Ernie sedang duduk di atas sebuah kerusi yang mempunyai roda dan mengelilingi Syamel dengan dibantu oleh seorang wanita menolaknya. Sempat Ernie berseloroh memberikan semangat kepada Syamel untuk menari agar video itu akan mendapat ‘fyp‘ daripada akaun Tiktok.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet, ada peminat mengatakan terhibur melihat telatah pasangan ini untuk menghasilkan sebuah video menarik. Sehingga kini, video Syamel dan Ernie telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur menonton video telatah Ernie dan Syamel. Antara komen-komen menarik adalah :

” Di sebalik effort wife untuk record, ada lagi yang terseks4 tolak chair tu, hahaha.. Ad0i lah gigih betul, penat gelak tengok.. “

” Dapat laki perangai sama dengan bini macam ni memang best, hari2 mesti ketawa tengok perangai masing-masing kan, hahaha.. “

” Yang tolak kerusi tu dah nak terkelauar isi perut dia, perangai betul kan korang ni, hahahaha kalau tak buat orang ketawa memang tak boleh duduk.. “

” Not me yang dengar ‘ fyp fyp fyp’ from Syamwl, hahahahhaha.. Effort memang daripada bini, tapi ada yang lain turut terjebak tu, hahahahha.. “

” Masuk aiq lah depa ni, ada2 ja, tak buat lawak memang tak sah, paling lawak tengok perangai Ernie lah duduk atas kerusi tu.. “

” Yep.. Isteri adalah tulang belakang suami, tapi yang tolong tolak kerusi isteri tu pun kesian juga tengok, hahahaha dah terjebak jg.. “

” Dasyat oooooo, hahahahahahahah boleh pening kepala kalau macam ni punya hal, nak dapat viral n fyp punya pasal, hahahahahahaha.. “

Ada sahaja gelagat suami dan isteri ini yang membuatkan ramai terhibur. Memang style sungguh tarian Syamel. Bertabah lah yang tukang tolak kerusi Ernie tu yer. Apa-apa pun video ini hanyalah sekadar hiburan Ernie dan Syamel buat tontonan warganet.

Silakan SHARE..

Sumber : IG era.je, Tiktok era.je

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT