Artis / Selebriti
Dengan Sekali Lafaz, Raysha Rizrose Sah Bergelar Isteri Kepada Pelumba F3, Nabil Jeffri
Alahai Cantiknya Raysha, Sama Cantik Dan Sama Padan. Pelamin Pun Lawa Lah. Tahniah Raysha Dan Nabil !!
Baru sahaja minggu lalu, adik kepada Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose iaitu Raysha Rizrose mengumumkan tentang pertunangannya bersama kekasih hati, Nabil Jeffri yang merupakan pelumba F3. Beberapa keping gambar ketika majlisnya itu turut dikongsikan untuk tatapan peminat.
Tiada angin tiada r1but, hari ini tanggal 22 Februari melakar sejarah dan bermulalah fasa baru dalam kehidupan Raysha dan Nabil. Meninjau akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan video yang memaparkan majlis ijab qabul antara Nabil dan Raysha.
Hanya dengan sekali lafaz, Raysha sah sebagai isteri Nabil dan akad ini disempurnakan sendiri oleh bapa Raysha, Mohd Fariz Arshad. Akhirnya percintaan yang berputik sejak 10 tahun lalu disatukan di jinjang pelamin sebagaimana impian mempelai ini.

Raysha yang mengenakan busana berwarna putih tampak jelita dan berseri-seri sekali. Turut hadir ke majlis pastilah adik beradiknya yang lain. Majlis yang gah dan penuh keindahan baik daripada pengantin sehinggalah ke pelaminnya.
Jom tonton video di bawah :
Menurut sumber portal Gempak, majlis ini berlangsung secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu kota. Busana Raysha yang cantik itu hasil rekaan Teh Firdaus dan ditatarias oleh Syed Faizal Syed Noh. Wang hantaran untuk Raysha dirahsiakan namun kedua mempelai saling berbalas 7 dulang hantaran.
Antara gambar-gambar lain sewaktu majlis ini berlangsung :





Alhamdulillah segalanya dipermudahkan buat Nabil dan Raysha. Semoga ikatan perkahwinan yang terjalin ini sentiasa dikurniakan ketenangan, keamanan serta dibajai dengan kasih sayang dan kejujuran. Selamat pengantin baru Raysha dan Nabil.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari, Portal Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen

