Artis / Selebriti
” Dengan saya sekali menangis, terharu tengok family macam ni.. ” – Komen Netizen
Video Elisya Sandha Menangis Ketika Terima Kejutan Sempena Hari Lahirnya. Menjadi Plan Fasha Sandha Buat Surprise Untuk Elisya. Sebaknya Tengok Elisya Dan Fasha Menangis !!
Tanggal 8 Jun merupakan ulangtahun kelahiran pelakon cantik, Elisya Sandha. Meninjau ke akaun Instagram kakak kepada Elisya iaitu Fasha Sandha, perkongsian sebuah video yang memaparkan sekitar mejlis hari lahir Elisya telah meraih perhatian ramai.
Majlis tersebut telah dirancang oleh Fasha sendiri sebagai satu kejutan buat Elisya. Sememangnya setiap tahun Fasha akan menyambut hari lahir adik-beradiknya dan kali ini giliran Elisya pula. Majlis tersebut dihadiri oleh rakan-rakan dan kaum keluarga.
Elisya merupakan anak bongsu dalam keluarga dan tahun ini genap usia Elisya 25 tahun. Pada usia ini Elisya sudah pun bergelar seorang ibu kepada seorang cahaya mata iaitu Bunga Elhaq. Fasha turut menitipkan ucapan buat adik tersayangnya ini di ruangan kapsyen.

Ramai netizen rasa tersentuh dan terharu melihat keakraban keluarga Fasha walaupun masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri. Perkongsian video ini telah menerima lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Ramai netizen berasa tersentuh melihat perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Teharu tgowk setiap status fasha.. Moga rezeki fasha akan sentiase berpanjangan. moga di permudah segala urusan. artis yg sentiase cantik walau di mana jua . sentiase membahgia kan semua org.. “
” Sgt punchtual. sentiase buat yg terbaek dalam setiap lakunan. All the best fashasandha. I love to see a strong bonding in a family. Not everyone has the luck. . “
” Bukan sahaja ikatan kekeluargaan malah ikatan persaudaraan, persahabatan sangat2 rapat dalam family ni…. suasana sangah meriah walaupun nampak simple… “
” Allahu dgn saya sekali nangis terharu tgk family camnie jarang nak jumpa family yg sentiasa bersatu mcm nie moga family sy satu hari nnt bersatu mcm nie juga .. “
” Suka sangat tengok kebahagiaan yg dibina kuat sesama mereka. This is so beautiful. Very moving too. InsyaAllah yang baik2 sahaja untuk Elisya and the whole family. Amin.. “
” Suka keluarga yg sentiasa bersatu. Berjaya satukan semua family gathering biasa semua sibuk hal masing2. Kehidupan keluarga sendiri.. “
” Happy birthday kak Elisya semoga kekal cantik,sihat dipermudahkan segala urusan keluarga dan anak serta didunia dan akhirat,.. “
Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 25 tahun kepada Elisya Sandha. Semoga penjang umur, dimurahkan rezeki selalu dan sentiasa berbahagia di samping keluarga termasuk suami dan anak tersayang. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

