Connect with us

Artis / Selebriti

” Dah macam Pak Maon menari kena hambat dengan isteri.. ” – Netizen

Video Gelagat Roy Azman Menari Ketika Wak Doyok Menyanyi Karaoke Buat Ramai Terhibur. Amboi Lain Macam Joget Roy Ni. Ligat Sungguh, Dah Macam Pak Maon. Ada Sahaja Buat Ramai Terhibur !!

Meninjau ke akaun Instagram Roy Azman, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat Roy Azman bersama rakannya serta Wak Doyok telah membuatkan ramai peminat terhibur. Dalam video ini, Wak Doyok sedang menyanyikan sebuah lagu.

Roy dan seorang rakannya pula menjadi penari latar. Apa yang membuat ramai terhibur ialah gaya tarian Roy yang sangat lain macam. Amboi, sakan sungguh Roy berjoget. Roy tidak pernah tidak kelakar dan tidak kira di mana sahaja.

Video tersebut dirakamkan ketika Roy menyambut hari lahir salah seorang rakannya yang dikenali sebagai Dato EG. Jadi masa yang ada diluangkan dengan berkaraoke. Roy juga semakin lawak sejak meningkat usia. Daripada pelakon kini menjadi pelawak pula.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 70 komen daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Selain itu, ada juga yang memuji nyanyian Wak Doyok walaupun Roy menyatakan suara Wal Doyok tidak sedap. Memang masing-masing ‘ masuk air ‘.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat Roy menari. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Dh mcm pak maon menari kena hambat dgn isteri. tak semput ke tu … jiwa muda kn.. Amboi bukan main menari Agogo kawan kita ni.. “

” Seronok btl tgk dorang ni.. enjoy slalu.. Dah macam Pak maon.. Ade nyanyi lagu yg bro ade dlm video clip tak .. Tu diaa aihhh.. Org Penang kata ‘mau dok kepak’.. “

” Masuk ayag semua ni ,  Thank you terhibur.. lawak gila Roy… love his acts forever.. Asal happy no hal bbpo suara .. hahaha.. “

” Bila la yg tak lawaknya Roy Azman ni.. BAKAT TERPENDAM NI.. Nyanyi tah haper2, budak kecik pun baling belon tak sedap.. “

” kampung pening lalat ke bang.. Wahh wahhh… perform betul ni bang.. wow abang roy.. putaq macam kat alor star naaaa.. best pulak lagu ni.. “

” Abg Roy punya goyang Pak maun tu yang tak boleh tahan.. ingat zaman sekolah dulu..awk mmg suka lagu2 nostalgia gini .. “

” Sedap juga suara Wak doyok , tapi siapa yg menari dgn thisisroyazman tu .. adeiii….jgn lupa kalau ada lg joget lambak tolong tarik tgn aku lgi haha.. “

Roy sememangnya seorang yang kelakar. Agaknya bila Roy akan bersikap serius ye. Ada sahaja gelagatnya yang menghiburkan hati ramai orang. Semoga Roy Azman sentiasa diberikan kesihatan berpanjangan dan tidak jemu menghiburkan kita.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Roy Azman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT