Artis / Selebriti
” Dah lah cantik, muka unik nampak ala ala Jepun. Perwatakan sopan dan happy go lucky.. ” – Komen Netizen
Video majlis pertunangan anak Dato’ Khalid Jiwa, Aazief dengan kekasih hatinya curi perhatian warganet. Wah ceria betul tunang Aazief ni, asyik ketawa dan senyum je. Cantik orangnya, sepadan dengan Aazief..
Tiada angin tiada ribut, anak tiri kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu anak bongsu hasil perkahwinan Dato’ Seri Khalid Jiwa dan Tengku Zawyah Tengku Izham, Aazief Khalid dikhabarkan sudah pun mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihannya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Xtra_my, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika berlangsungnya majlis pertunangan itu. Kelihatan adik beradik Aazief yang lain turut hadir sama. Dato’ Seri Siti juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam majlis ini.
Tunang Aazief yang dikenali sebagai Izza kelihatan begitu anggun mengenakan busana baju kurung dan bertudung. Izza yang berwajah ala-ala Jepun ini meraih perhatian warganet. Ramai yang memuji penampilan Izza yang sopan dan keperibadiannya yang suka ketawa dan senyum.

Seronok warganet melihat moment ketika Tengku Zawyah menyarungkan cincin ke jari Izza. Hubungan yang mendapat restu seluruh keluarga ini menyenangkan hati ramai. Aazief juga kelihatan gembira apabila majlis pertunangan ini berjalan dengan lancar.
Jom tonton video di bawah :
@xtra_my Wah, tahniah Aazief Khalid dan pasangan. Sama cantik, sama padan❤️🥰✨ #fyp #xtra #beritaditiktok #sembangentertaiment #tahniah #aaziefkhalid #dan #pasangan 📽️:aaziefkhalid
♬ original sound – TheLuna Photo & Film – TheLuna Photo & Film
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Alhamdulillah tahniah… semoga jadi pasangan hingga ke jannah.. aamiinn.. Syukur moga dipermudahkan ke fasa seterusnya.. “
” He’s lucky to have Izza.. izza is so pretty okay.. tahniah Aazief.. yang ni baru pilihan terbaik solehah tutup aurat , terbaik aazief.. “
” Akhirnya prmpuan yg biasa2 je dia pilih. less is more.. sedap mata memandang. mst ada extra quality yg buat azrif trtarik.. Maksud biasa biasa tu means bukan artis bukan model. Orang biasa.. “
” Kalau time bertunang …. bertudung, kira memang bertudung lah kan? Alhamdulillah…. dah lah cantiks.. muka unik nmpk ala ala jepun cumel je.. “
” Macam ni erk tunang T20 simple but nampak classy.. kalau la aazief yg pilih, mesti bukan calang2 org girl ni.. tgk perwatakan sopan n happy go lucky die pn dh tawu.. “
” Suka gelak la budak ni.. tu yg special tu. sentiasa gelak.. muka yg sentiasa senyum.. cantik tunang Aazief ni, sejuk mata memandang.. wajah educated dan ayu.. “
” Cantik, nampak macam type happy go lucky tak fake.. menantu tz 2 org artis sorang ank menteri..yg last ni confirm org tak kurang hebatnya..secantik orgnya,semoga secantik budi pekertinya.. “
Alhamdulillah selamat sudah Aazief dan Izza bergelar tunang dan semuanya gembira dengan pertunangan ini. Semoga semua perancangan Aazief dan tunangnya untuk melangkah ke alam perkahwinan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Xtra_my, IG Aazief Khalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

