Artis / Selebriti
” Dah ada girlfriend ke belum. Haa, daddy tak tahu pun.. ” – Black Hanifah
Video respon anak Black Hanifah, Dayyan apabila ditanya dah ada girlfriend ketika Konsert Hitam Manis buat ramai terhibur. Wah, pengakuan berani Dayyan depan ramai orang. Terkejut daddy dibuatnya, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Hotfm, perkongsian sebuah video ketika Konsert Hitam Manis telah meraih perhatian ramai. Menerusi video tersebut Black Hanifah baru sahaja selesai membuat persembahan bersama anak lelakinya yang bernama Dayyan.
Secara spontan, Black bertanya kepada Dayyan sama ada Dayyan mempunyai kekasih atau pun tidak. Jawapan yang diberikan Dayyan ialah dia menyatakan mempunyai kekasih. Wah, laju sahaja Dayyan memberi jawapan. Respon Dayyan ini membuatkan Black terkejut.
Black bertanya lagi sekali dan jawapannya tetap sama. Black kemudian menyatakan perkara ini akan diselesaikan di rumah dan meminta Dayyan turun dari pentas. Dayyan juga mengucapkan terima kasih dengan penuh semangat. Wah, nampak matang sangat lah Dayyan.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lapan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Dayyan juga dilihat sudah semakin tinggi dan handsome. Terasa sekejap sungguh masa berlalu apabila melihat Dayyan semakin membesar.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netzien. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Handsomenyaaaaaaa dayyan!. Ni yg potpett potpet potpett ni waktu kecik kecik dulu.. Betul2 terkejut daddy bila dayyan mengaku ada gepren ye.. “
” Tiba2 jadi family session. lama x tngk dayyan..besar dah dia. Steady dayyan… Mcm lepaskn geram dkt Daddy jea tu hehe.. “
” Gatai mcm daddy dia. School girls friend la daddy.. Ehhhh bila dayyan besar.. rasa baru ja tak tgk dia. musim artis bwk ank mnyanyi kan.. “
” Unty namakn anak unty daiyan bcoz of u dayyan. Lurveee. Subhanallah handsome nya anak black suara pun bisa memukau.. “
” Comel.. kalah daddy macam ni.. black hg bagi rayyan sekolah dulu.lepas habis belajar baru bgi nyanyi…sekadar nasihat.. “
” Besar dah Dayyan. Last tgk duk main motor dgn daddy dia dlu. anak black duet dgn Thalita.. korang rasa meletup tak? “
” Handsome betul ye anak black ni macam Nadhir nasar .. hihihii kemain ehhh ada gepren main bola dlu ye dayyan… “
Amboi, Dayyan betul-betul berani buat pengakuan bukan sahaja di depan daddy, malah di hadapan umum juga tu. Siapakah agaknya girlfriend Dayyan tu. Apa apa pun, Dayyan tumpukan dahulu dengan pelajaran dan persekolahan. Semoga Dayyan menjadi anak yang membanggakan ibu bapa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hotfm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

