Artis / Selebriti
” Content dia tak payah try hard kot. Simple pun dah kelakar sangat, haha.. ” – Komen Netizen

Muatnaik Video Ketika Menemani Isterinya Ummi Nazeera Ke KL Fashion Week, Perkongsian Dr. Izzar Anwari Mencuit Hati Ramai. Bertabah Lah Dr. Izzar Kena Sidai Lagi. Kapsyen Tak Pernah Tak Kelakar, Haha !!
Suami pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr. Mohd Izzar Anwari sering menarik perhatian warganet dengan setiap perkongsiannya di akaun Instagram. Boleh dikatakan video dan kapsyen Dr Izzar membuat ramai tak kering gusi ketawa serta menyifatkan Dr Izzar semakin pandai membuat lawak.
Bagi yang mengikuti Dr Izzar, pasti mengetahui yang Dr Izzar suka menemani Ummi ke acara pertunjukan fesyen. Terbaru, Dr Izzar memunaik video menemani Ummi yang menjadi model memperagakan fesyen jenama FIZIWOO. Sekali lagi, perkongsian Dr Izzar ini menarik perhatian ramai.
Menerusi video itu, kelihatan Ummi sedang ditemuramah oleh beberapa wartawan selepas pertujukan fesyen. Tulis Dr Izzar, dia melakukan pemantauan jika ada lagi wartawan mahu menemuramah Ummi lagi kerana dia mahu pulang untuk makan. Seloroh Dr Izzar, dia sangat lapar gara-gara majlis tersebut tidak menyediakan makanan.
Manakala video kedua pula memaparkan Dr Izzar dan Ummi memakai baju sedondon dan kapsyen Dr Izzar mengatakan yang dia memakai baju sama seperti Ummi untuk mengelak orang beranggapan dia adalah seorang bodyguard yang berkaliber kepada isterinya. Sehingga kini, video itu menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur dan menyukai perkongsian video oleh Dr Izzar pada kali ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dah pakai sedondon pun masih nampak macam bodyguard, haha macam mana ni.. Content dia tak payah try hard kot. Simple pun dah kelakar sangat, haha.. “
” Kena pimpin tgn princess tu doc.. Btw dah nama pun suami.. Mesti lah jadi lifetime bodyguard kan… Hebat tu baju pink matchy2.. “
” Dia lagi hebat.. Ada personal photographer skrg.. Mana² ada gambar dan video.. Majlis gomen baru ada makan2 doc, hahahaa, terpalingggg lawak doc.. “
” Body guard kena tahan sikit Doc.. Kalau nak makan2 tggu open house raya..Steady ja boleh tggu lama2 kan.. Ini baru angsa merahhh.. “
” Hahahah doc boleh masuk raja lawak pasni.. Tak pernah tak lawak doc.. Kalau tengok posting doc, mesti keras perut gelak tau, hahaha.. “
” Kami selalunya lps or sblm event, apa lg Soru kedai mamak yg 24 jam.. Sebelum pergi evant, doc makan lah siap2 lah, tak lah lapar sangat.. “
” Dah macam bodyguard gayanya. Kena sgt lah dgn background music.. Hahaha kesian dr.. Nasib badan la.. Harap bersabar ok, haha.. “
Memang patut lah ramai yang terhibur, kapsyen Dr Izzar sememangnya mencuit hati ramai. Ada peminat berseloroh mengatakan meskipun Dr Izzar memakai baju sedondon dengan isterinya, dia masih tetap kelihatan seperti seorang bodyguard. Alahai bertabah lah Dr Izzar, hehe
Silakan SHARE..
Sumber : IG Izzar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time Dato’ menulis dengan serius. Mesti Bonda nangis baca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” First time tengok house tour tak fokus. Ni la review riak yang tak nampak riak, nampak kelakar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lima kali aku ulang tengok muka Bang Aji dok tenung je muka Dato’ Aliff tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Susah juga saya nak membuka mulut. Penjelasan saya ni dengan niat memurnikan keadaan.. ” – Bonda Rozita Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Akhirnya Bonda secara jujur dan terbuka up statement. Pilu rasa baca penulisan ini.. ” – Komen Netizen