Artis / Selebriti
” Aku dah agak mesti ada kesinambungan lagi. Ada je idea nak membahan wife, haha.. ” – Komen Netizen
Perkongsian terbaru Dr Izzar Anwari kesinambungan isu Ummi Nazeera tersasul menggelarkannya sebagai ‘orang rumah’ buat ramai terhibur. Alamak, tak habis lagi rupanya. Wah Dr Izzar keluar dengan poster lah pulak kali ni, haha..
Dr Izzar Anwari antara yang menjadi perhatian setiap kali Ummi Nazeera keluar dengan drama baru. Dr Izzar suami yang cukup sporting dan selalu penyokong terkuat Ummi dalam karier seni Ummi. Di sebalik wajahnya yang serius, Dr Izzar sebenarnya seorang yang kelakar dan sering membuat warganet tertawa setiap kali membaca postingnya di media sosial.
Beberapa hari yang lalu, Ummi Nazeera tersilap menggelarkan Dr Izzar sebagai orang rumah ketika sedang bersiaran di program MeleToP. Bermodalkan perkataan ‘orang rumah ‘ itu, Dr Izzar muncul dengan idea poster movie yang turut tertulis beberapa nama pelakon luar negara.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Dr Izzar, telah dikongsikan gambarnya dalam persalinan baju Melayu lengkap bersampin dan bersongkok. Kapsyen Dr Izzar seperti biasa tidak menghampakan warganet. Ayat Dr Izzar itu menggeletek hati semua yang membacanya.
Dengan tajuk yang tertera di atas poster itu ‘ Lelaki Itu Orang Rumah ‘, ada sahaja idea Dr Izzar untuk mengusik Ummi. Mesti di rumah pun Dr Izzar menyakat Ummi juga. Ramai juga yang mengatakan tajuk poster dengan penampilan Dr Izzar dalam gambar tidak bersesuaian. Ada yang mencadangkan agar Dr Izzar memakai apron dan memegang senduk bersesuai dengan gelaran orang rumah.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Dr Izzar ini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Selain bella park dengan haikal.. doc ni pon bole thn jugak bahan bini dia.. terlajak perahu boleh berundur terlajak kata… keluar drama haha.. “
” Patut nya gambar pakai apron tak pakai baju beyyyy haha.. Aku dh agak mesti akan ada kesinambungan lagi. ada je idea nak membahan wife, haha.. “
” Gmbo tak sync dgn title drama tu doc, patut doc pakai apron+pegang senduk.. Itu betul orang rumah.. “
” Doktor jgn kelakar sangat. kadang kadang rasa macam doktor yang actor ni. Cubaan mencantas job orang rumah sebenar ni haha.. “
” Oh ni lah orang rumah Ummi Nazeera haha.. ada je idea dia nak bahan isteri dia haha.. kat rumah tu tak tahu la berapa hari ummi nazeera kena bahan.. “
” Ni laa org rumah umi nazeera. Alhamdulilah, jrg2 nk jumpe yg Boleh follow angin isteri.. “
” Dia sentiasa up to date nak bahan bini dia haha.. tu dia org rumah ummi buat hal. aku penat ketawa baca kapsyen dr izzar ni.. “
” Ni falah sebenar sbb suka sgt menyakat wife nye haha.. kompius dia ni dr apa eh. pandai melawak.. aku x leh laa ngan dr izzar ni.. “
Memang ada sahaja idea Dr Izzar untuk menghiburkan semua. Silap besar Ummi tersasul menyebut Dr Izzar itu sebagai orang rumah, tak pasal-pasal keluar poster movie Dr Izzar pula. Melihat tajuk sahaja sudah kelakar. Boleh dapat anugerah doktor paling lawak lah Dr Izzar ni.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Izzar, Tiktok Izzaranwari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara dia berdiri, gerakan tangan dia sebijik macam arwah ibunya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Awesome je Liza menyanyi, macam ni pun dah meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ooo Rosyam, candangan dia untuk i menikah dengan Fattah Amin tu.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen