Artis / Selebriti
” Congratulations Faz. Beauty with brain, so inspiring.. ” – Komen Netizen
Fizo Omar kongsi video sekitar majlis konvokesyen isterinya, Fazeera Nazri. Wah, hebatnya Fazeera dapat 1st class degree dalam jurusan Pendidikan. Ini lah yang orang kata beauty with brain. Tahniah Fazeera..
Meninjau di akaun Instagram pelakon Fizo Omar, dikongsikan video yang memaparkan Fizo telah menghadiri majlis konvokesyen isterinya, Fazeera Nazri yang berlangsung di Universiti Antarabangsa UNITAR, Selangor, semalam.
Turut kelihatan mememani Fizo di majlis tersebut adalah ibunya. Tulis Fizo di ruangan kapsyen, ucapan tahniah kepada Fazeera atas kejayaan menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama jurusan Pendidikan. Bukan itu sahaja, Fizo juga meluahkan rasa kagum dengan kesungguhan Fazeera yang berjaya menghabiskan pengajiannya.
Sementara itu, Fazeera turut mengabadikan beberapa gambar kenangan terindah di hari konvokesyennya menerusi akaun Instagram miliknya. Fazeera tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Fizo dan ibu mertua serta semua ahli keluarga yang sentiasa memberikan semangat kepadanya.
Perkongsian tersebut telah menarik warganet. Ramai yang menggelarkan Fazeera sebagai beauty with brain dan mengatakan perjalanan pengajian Fazeera tersebut memberikan inspirasi buat semua. Sehingga kini, video dan gambar sekitar hari konvokesyen Fazeera menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Di ruangan komen, rata-ratanya turut memberikan ucapan tahniah kepada Fazeera. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Alhamdulillah.. Bijak wife fizo..Happy graduation sisssss. and Congratulations Faz. Beauty with brain, so inspiring.. “
” Wow UNITAR dh jubah baru… Saya ex degree holder UNITAR 2008.. Congrats Faz, kejayaan awak memang sangat memberikan inspirasi untuk semua.. “
” Woww bukan senang nk habiskan study dengan nk jaga anak2 lagi.. Tahniah Faz, kagum sangat tengok kejayaan Faz.. “
” Tahniah Faz..Bestnya tengok… Saya teringin jugak tapi rasanya setiap Kali lepas baca bila tutup buku terus hilang Tak ingat apa2, haha.. “
” Tahniah dan syabas diucapkan kepada Faz…. Awak memang Beauty with Brain and yet humble. Jaga baik2 Faz tu Fizo. She’s a strong woman.. “
” Sape cakap bila dah kawin ada anak tak boleh study.. Faz dah buktikan dia mampu lakukan.. Tahniah Faz, tumpang happy tengok Faz dah konvo.. “
” Struggle is real guys, tambah lg yang ada anak kecik .Tp rezeki tk salah alamat, tahniah Faz.. Fuhh rasa happy tengok Faz.. “
Di kesempatan ini, kami dari Berita Kopak juga ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Fazeera atas kejayaannya menggenggam Ijazah. Semoga impian dan cita-cita Faz selepas ini akan tercapai dan segala urusan Fazeera akan dipermudahkan. Good luck untuk sambung master pula selepas ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG fizoomar, ffezyranesry
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen