Artis / Selebriti
” Comelnya ya ampun yang last tu bahasa isyarat dia, haha.. ” – Komen Netizen

Sari Yanti Kongsi Gambar-Gambar Anak Perempuannya, Dariya Inara Menyertai Hari Sukan Di Sekolah. Namun Ada Kisah Yang Buat Ramai Terhibur. Bertabah Lah Dariya, Jangan Sedih-Sedih Tau. Part Dariya Buat Bahasa Isyarat Dia Dapat Nombor 3 Tu Comel !!
Meninjau di akaun Instagram milik isteri pelawak terkenal Jep Sepahtu iaitu Sari Yanti, telah dikongsikan beberapa gambar anak perempuannya, Dariya Inara menyertai hari sukan di sekolah. Menerusi gambar-gambar tersebut, Dariya memakai baju berwarna kuning kerana Dariya adalah perserta dari rumah kuning yang bertemakan maskot haiwan lebah.
Sari turut mengabadikan gambar kenangan Dariya bersama rakan-rakannya dan dapat dilihat reaksi Dariya yang begitu gembira dapat menyertai hari sukan di sekolah. Namun begitu, di sebalik wajah gembira Dariya itu, ada kisah yang terjadi. Sari ada berkongsi cerita di ruangan kapsyen.
Tulis Sari, Dariya mendapat tempat ketiga dalam acara yang disertainya. Ketika Dariya dipanggil untuk menerima medal, Dariya begitu gembira sehingga melompat kegirangan. Setelah itu, ketika melihat rakan-rakan lain mendapat medal berwarna emas, Dariya baru sedar yang rupa-rupanya dia tidak mendapat nombor satu.
Menerusi posting kedua pula, Sari berkongsi momen Dariya yang baru sedar dirinya menerima medal gangsa dan sedang berborak bersama rakan-rakan yang lain. Mereka bersembang sesama sendiri mengenai kenapa medal mereka tidak sama warna. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Sari ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comelnya ya ampun yang last tu bahasa isyarat dia, haha.. Takpe kakak, cuba lagi.. Dapat no tiga pun ok, memang juga tu.. Alahai cute budak ni sangat.. “
” Halah2… Chumell je… Ok je Dariya.. Long jurney to go sayang… Aunty doakan semua yg baik2 je utk dariya selama membesar sbg anak yg solehah.. “
” Comelnya. Bijaknya. Semoga terus mnjd ank solehah dan beri manfaat pada yg lain Dariya.. Sempat lagi mamanya buat video kisah Dariya, hehe.. “
” Bagus Dariya.. Ada semangat kesukanan.. Nk jadi juara… it’s okay love … Next sports day.. U will be the winner ya…comel sgt memek muka tuh.. “
” Anak Jep betul, hehe.. Comelnyeee… Too cute, dengan bahasa isyaratnye nak habaq kat mama.. alolooo… Cian Dariya. tahun depan cuba lagi okay.. “
” Biasa la adat bertanding ada menang ada kalah…Yg penting jgn putus asa.. Lain kali buat yg lebih baik.. Tahniah Dariya.. Its ok sayang.. Jngan sedih2.. “
” Baru bca yg mama nye tulis da bole byg kn keadan darya…hihi..apa pn tahniah jgk buat dariya..yg penting dpt hadiah.. “
Adat bertanding, sudah pastinya ada yang menang ada yang kalah. Jangan jadikan kekalahan tersebut sebagai halangan untuk terus berjaya di masa hadapan. Comel sungguh Dariya, lagi-lagi part Dariya membuat bahasa isyarat mahu memberitahu kisah sebenar kepada mummynya. Apa-apa pun tahniah Dariya, cuba lagi tahun hadapan, jangan sedih-sedih tau.
Silakan SHARE..
Sumber : Ig sariyanti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Obvious sangat ni Abang Long. Kak Long blushing tak boleh cover dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Mama YB senyum je perhati gelagat anak menantu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Banyak kali saya menangis hari ni. Terharu tengok keluarga YB menerima Bella seadanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sorry Qadejah, memang tergelak dengar. Ni betul-betul Dato’ Aliff versi perempuan, haha.. ” – Komen Netizen