Connect with us

Artis / Selebriti

” Comelnya Emelia punya expression muka.. ” – Netizen

Video Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Menyuap Makanan Tengah Hari Kepada Anak Kembarnya, Sheikh Eusoff Dan Sophea Emilia. Namun Gelagat Emilia Buat Ramai Terhibur. Part Buat Mulut Tu Paling Comel !!

Akaun Instagram milik angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszpahar Shukor sering kali menjadi tumpuan ramai. Dr Sheikh Muszaphar seorang yang tidak l0kek memberikan ilmu dalam penjagaan anak-anak kepada umum.

Terbaru, Dr Sheikh Muszaphar telah memuatnaik satu video bersama anak kembar kecilnya, iaitu Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia. Video tersebut memaparkan Dr Sheikh Muszaphar sedang menyuap makanan tengah hari buat pasangan kembar itu.

Gelagat kembar ini telah mendapat perhatian ramai. Manakan tidak, Eusoff seorang yang cepat makan, manakala adiknya pula Sophea begitu sopan. Ketika Dr Sheikh Muszaphar mahu menyuap makanan kepada Emilia, kelihatan Emilia membuat mimik wajahnya yang sangat comel.

Kongsi Dr Sheikh, anak lelakinya begitu cepat mahu makan, manakala anak perempuannya pula mengambil masa yang lama untuk mengunyah makanan yang diberikan. Emilia siap muncungkan bibir itu membuatkan sesiapa yang melihat pasti terhibur.

Jom tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat perkongsian video oleh Dr Sheikh Muszaphar tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Comelnya haii, Emelia punya expression muka. Memang betul orang lelaki makan laju, kita baru nak suap suami dah siap makan, hahaha.. “

” Eusoff : i want my food, fast2, haha Emelia very sopan girl lah. Alahai napalah kembar ni comel sangat tengok.. “

” Amelia sempat berangan masa makan pon cumeel. Kali kedua suapan tu memang kelakar tengok dia buat mulut macam tu.. “

” Emilia chew pun tutup mulut, truly lady attitude. Haha Eusoff very fast lah. Laju betul makan, dua-dua comel.. “

” Emelia seems like doing everything in patience. Mesti bila besar penyabar ni. Muka Emelia sebiji dr Halina.. “

” Gaya gegirl sgt emelia, sopan betul. Comeyyyy. Eusoff cpt betul ngap ngap, baby boy memang makan laju.. “

” Haahahaa yang girl tu on diet ke Dr. Siap buat mulut lagi tu kelakar. Rajin betul daddy ni, suapkan makan untuk anak2.. “

Comel betul Emilia, patut lah ramai yang terhibur.  Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga anak kembar Dr Sheikh Muszaphar ini membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang soleh dan solehah buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT