Artis / Selebriti
” Comel tengok Bunga solat, behave betul dia.. ” – Komen Netizen
Video gelagat comel anak Elisya Sandha, Bunga Elhaq solat berjemaah bersama ibu bapanya raih pujian ramai. Alahai bagusnya Bunga, kecil-kecil lagi dah ikut mummy dan daddy solat. Tapi kain mana Bunga, hehe..
Umum mengetahui yang pelakon Elisya Sandha telah mendirikan rumahtangga bersama anak sulung Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Bunga Elhaq.
Sejak dilahirkan lagi sehingga lah sekarang, Bunga juga mempunyai ramai peminat seperti ibunya yang setia mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa. Terbaru meninjau di akaun Instagram Uzair, telah dikongsikan video yang memaparkan Bunga turut solat berjemaah bersamanya dan Elisya.
Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa geram apabila melihat gelagat Bunga ketika solat. Manakan tidak, lihat sajalah penampilan Bunga yang hanya memakai telekung dan tidak memakai kain.

Selain itu, ada juga yang mengatakan Bunga seperti sudah terbiasa solat bersama kedua ibu bapanya. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Sehingga kini, video Bunga solat telah menerima belasan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video Bunga solat dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Comel tengok Bunga solat, behave betul dia.. Kalau anak saya dua rakaat pastu main lari2.. Naik atas badan. MasyaAllah.. “
” MasyaAllah Tabarakallah Uzair bini dan anak solat.. Comelnya dia.. Sejuk tengok Bunga, dah pandai solat dah dia sekarang.. “
” MasyaAllah anak syurga ni.. Kain hilang ke mmg takde Bunga, hahhaa.. Geram betul tengok Bunga, sebab dia makin comel sangat.. “
” Well said.. Org selalu mgejar.. Sampai terlupa nk menghargai n menikmati hari ini… Esk tak selalunya ada… Sbb kita tak thu ajal kita bila… Hargailah org disisi kita.. “
” Cara bunga ni baik behave menunjukkan dia dh selalu solat dgn parents dia mcm tu.. Alhamdulillah bagus Bunga, moga jadi anak yang solehah.. “
” Allah, comelnya tengok family ni.. Tapi kalau aku… Mmg tkleh tahan gelak weh anak cmtu…Hahaha.. Bunga is so cute sangat.. “
” Ala comelnya bunga tu solat.. Part yg peluk last tu.. Im crying.. Semoga keluarga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah, warahmah.. “
Alahai comelnya Bunga solat, patut lah ramai yang geram melihatnya. Sekejap betul Bunga ini membesar, rasa seperti baru sahaja melihat posting Sheila Rusly menerima cucu. Apa-apa pun, semoga Bunga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG uzairhaqimy69
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral4 days ago” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral2 days ago” Mama dia masuk, mama dia sebut 1 perkataan yang buat saya sebak.. ” – Wakil Pengurusan Jenazah
-
Viral7 days ago” Aku dapat panggilan daripada mamaku sendiri yang sedang meraung menangis.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ingat Amayan dah lawak, Cess lagi lawak rupanya. Bahasa baku pun ke laut dua beradik ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago” 90% raut wajahnya sama, senyum sama. Sampai tak boleh bezakan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Last-last anak-anak Bella sendiri yang bagi big hint. Menggelabah terus Didi, haha.. ” – Komen Netizen


