Artis / Selebriti
” Comel lah Rizqaa, daddy dah nangis.. ” – Netizen
Video Kali Pertama Anak Rizman Nordin, Rizqaa Membuat Persembahan Di Sekolahnya Raih Perhatian Ramai. Alahai Comel Betul Rizqaa Menari. Sampai Mummy Dan Daddy Menangis Masa Tengok Persembahan Rizqaa !!
Meninjau ke akaun Instagram Rizman Nordin, perkongsian video terbaru anak perempuannya iaitu Rizqaa membuat persembahan kali pertama di sekolahnya telah meraih perhatian ramai. Untuk rekod, Rizqaa baru sahaja berusia 3 tahun.
Sebagai ibu bapa, pastinya berasa teruja untuk melihat persembahan anak-anak terutamanya buat kali pertama. Inilah yang dirasai oleh Rizman dan isterinya, Nurida Suraya sehingga pasangan ini mengalirkan air mata ketika melihat Rizqaa di pentas.
Rizqaa dilihat seorang kanak-kanak yang berani kerana berjaya membuat persembahan yang terbaik tanpa rasa segan dan malu berada di atas pentas. Momen-momen sebegini akan sentiasa diingati buat ibu bapa dalam membesarkan anak.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 2 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Di akhir persembahan, Rizman bangun memberikan tepukan kepada Rizqaa dan kanak-kanak yang lain sebagai tanda pemberi semangat buat mereka.
Jom tonton video di bawah :
Bukan sahaja Rizman dan isteri berasa sebak, netizen yang menonton juga turut tersentuh hati. Antara komen-komen yang diberikan :
” Emo kan tgk anak sendiri mcm tulah saya, dr tadika, sek ren, men, skrg university… setiap kali naik pentas, Mama nangis… ambik ijazah baru2 nie saya nangis ter0k.. “
” Kita pun macam ni jugak. Auto nangis tengok anak2 perform. Happy tears. Sekejap je dh bsr rizqa.. she so sweet .. Good job Rizqaaa.. “
” Wahhhh.. Tahniah Rizqaa.. much lurve to rizqa.. Cute lah rizqa. daddy dh nanggis.. Great performance Rizqaa. So cute Awwww everyone is .. “
” It will happen all the time… mummy & daddy will get emotional whenever seeing their kid / s on stage.. Aloooo.. mumm n daddy.. saya pun turut terharu.. comel rizqa.. “
” Comey rizqaa mommy n daddy too sebak kan tengok anak membesar depan mata .. Auto air mate mengalir jugak ni.. Yes this is normal… sebagai parents sure sebak tgk ank atas stage.. “
” Ala cuter laa… tetiba ada org potong bawang .. Rizqa have fun with all friend.. so comel.. I feel you mummy daddy. Kita pon mcm ni dulu 16thn lps.. “
” Oloh2 comelnya rizqaaa sygg.. Rizqaa is so blessed to hv u all as parents.. Kenape aku yg nangis niiii… Loveeee rizqa.. “
Tahniah buat Rizqaa kerana membanggakan ibu bapanya. Walaupun masih di tadika, Rizqaa sangat berani membuat persembahan. Semoga Rizqaa berjaya lebih jauh lagi sehingga ke menara gading dan menjadi anak yang membanggakan kedua ibu bapa. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rizman Nordin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

