Artis / Selebriti
” Comel jer, gaya mak-mak sangat.. ” – Netizen
Video Gelagat Tuanku Permaisuri Agong Memperkenalkan Anakandanya, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Kepada Murid-Murid Dan Guru Di Sebuah Sekolah Yang Dilawatinya Buat Ramai Terhibur. Sempat Lagi Tuanku Nak Promote Tengku Hassanal !!
Meninjau ke akaun Instagram istana Negara, perkongsian sebuah video yang memaparkan Tunku Azizah Maimunah Iskandariah dan anakandanya, Tengku Hassanal berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat telah meraih perhatian ramai.
Tunku Azizah dan anakandanya menyantuni serta beramah mesra dengan anak-anak murid dan juga guru di sekolah tersebut. Baginda mengunjungi sekolah ini selepas selesai Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Apa yang mencur1 perhatian ramai ialah gelagat Tunku Azizah memperkenalkan anakandanya kepada semua dengan menyebut ‘ Ni anak saya, nampak? ‘ sambil memegang tangan Tengku Hassanal. Baginda juga turut melayan sesiapa sahaja yang ingin bergambar dengannya.

Perkongsian ini telah menerima lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik dalam tempoh 1 jam. Ramai juga warganet yang memuji wajah tampan Tengku Hassanal yang kelihatan sangat sejak memakai uniform.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” We will miss you Tuanku, thank you for great memories. Tuanku Permaisuri…birthday saya bulan depan…saya nak jumpa Tuanku Permaisuri.. “
” Ni anak saya, nampak? hahaaa comel jer gaya mak-mak sangattt.. Comel Tuanku ini anak saya nampak … Daulat Tuanku.. “
” Tunku permaisuri 5 tahun lagi please nk tunku Dan permaisuri saja blh dak .. Pemaisuri suka kenal kan tengku hasanal.. “
” Hensem nya tengku Hassanal.. Menjunjung kasih Tuanku Permaisuri yang bakal rakyat rindui.. Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada. Menjunjung Kasih Tuanku.. “
” Walaupun tuanku lepas ni dh tak jadi agong, boleh dtg2 ke kl, boleh beramah mesra tuanku.. Tersenyum2 saya tgok ni bila la agaknya peluang dpt jumpa.. “
” Semoga saya ada rezeki berjumpa keluarga diraja ini suatu hari nanti. Dia kenalkan ank dia pada murid2 dan jg cikgu2.. “
” Hensem anak Rpa the best Queen & King.. Apa la yg dibualkan Permaisuri Agong dengan budak2 yg first tu … Ramah mcm borak2 dengan mkck jiran sebelah je.. “
Pastinya ramai akan merindui Tunku Azizah yang akan menamatkan khidmatnya sebagai Permaisuri Agong tidak lama lagi. Keletah dan gelagat comel Tunku Azizah akan sentiasa menjadi kenangan buat mereka yang pernah bertemu secara depan-depan dengan Baginda.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Istana Negara
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa

