Connect with us

Artis / Selebriti

” Comel je semua, si ayah muka redha je.. ” – Netizen

Almy Nadia Berkongsi Video Dan Gambar Keluarganya Memakai Pakaian Tidur Sedondon Sempena Malam Tahun Baru 2021. Alahai Comel Semuanya. Muka Fizz Fairuz Tu Macam Terp4ksa Jer !!

Pelakon Almy Nadia dan Fizz Fairuz mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan 3 orang puteri yang comel. Fizz yang masih aktif berlakon sering mendapat perhatian peminat kerana keberkesanannya membawa setiap watak yang dilakonkannya.

Sambutan malam tahun baru sudah semestinya menjadi moment indah buat selebriti tanah air. Begitu juga dengan Almy dan Fizz sekeluarga. Di ruangan Instagram, Almy ada berkongsi sambutan malam tahun baru yang diraikan mereka malam tadi di rumah.

Berbeza dengan artis yang lain, Almy memilih untuk berpakaian tidur sedondon buat ahli keluarganya termasuk Fizz. Baju tidur yang dipilih bercorak harimau bintang dan berwarna biru itu kelihatan sangat comel digayakan oleh mereka sekeluarga. Anak-anak Almy juga sangat teruja sewaktu video dirakam.

Apa yang menarik perhatian peminat ialah reaksi dan mimik muka Fizz yang pasr4h dengan permintaan isterinya itu. Gelagat Fizz sekeluarga sangat mencuit hati. Sempoi betul Fizz sedondon dengan anak-anak. Mesti Fizz berbangga dikelilingi bidadari yang cantik dan comel.

Jom ikuti perkongsian gambar dan video di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )

Perkongsian Almy mendapat perhatian peminat. Rata-rata terhibur dengan gelagat mereka anak beran4k. Antara komen-komen mereka adalah :

” Suweetnye gambo… suka tgok famili ni… si kak long muka mummy nye… kak ngah muke daddy nye… si kecik muka mix dua2 moga kekal bahagia selamanya.. “

” Alahaii omey je smue.. Si ayah eh muke redho je die sorang laki hahaah cuteΒ² smue.. Hppy new year sis almynadiaofficial.. “

” Comey dato fizzfairuzofficial muka p4ksa rela.. sibaik harimau bintang kelabu.. bukan harimau bintang pink.. omei btoi koi nengoknye muke tak kenan gitu.. “

” Laki hang muka terp4ksa habis wey.. Sweet all of you.. Happy new year, Hahaha redha… happy wife happy life.. Terhibur, Suka nya tengok keluarga kak almy nadia, comel tengok gelagat anak2.. “

” Ya Allah.. suka la tgok family nie.. sedondon slalu… hihihi, mana satu fizzfairuzofficial.. nampak sama jer semua. Hepi new year.. “

” Bagus ayah dia , keluarga bahagia… ank2 gegurl semua syg ayah dia… happy selalu satu family okay… Comell, tak yah lh tutup muka, best ape di kelilingi bidadari.. “

” Mcm cantik jer Mcm comel jer yg blakang skli tu.. Hepy new year hepy family… Muka pasr4h fizz, Selamat tahun baru hangpa. comel2 nya. yg pling comel pak dia tu.. “

Keluarga bahagia adalah idaman buat semua yang bergelar ibu dan bapa. Sudah pastinya Almy dan Fizz bersyukur dikurniakan 3 puteri yang bijak dan ceria. Kami di Berita Kopak mengharapkan semoga Almy sekeluarga sentiasa ceria dan sejahtera selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Almy Nadia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT