Connect with us

Artis / Selebriti

” Comel anak empat, isteri pun lawa.. ” – Netizen

Potret Keluarga Dato’ Jamal Abdillah Di Hari Raya Aidilfitri Raih Perhatian Ramai. Alahai Comel-Comel Semua Anak Dato’ Jamal Dan Datin Izzati !!

Meninjau ke satu akaun Instagram, perkongsian sekeping gambar keluarga Raja Pop Malaysia iaitu Dato’ Jamal Abdillah telah meraih perhatian ramai. Gambar tersebut dirakamkan ketika menyambut hari raya Aidilfitri baru-baru ini.

Dato’ Jamal sekeluarga berpakaian sedondon berwarna Rasberry dan kelihatan begitu cantik sekali. Kesemua empat orang cahaya mata Dato’ Jamal comel-comel belaka. Mereka adalah Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani, Iskandar Rayyan Yamani dan Rahir Laura Salsabila Yamani.

Klik gambar untuk info..

Ini merupakan perkahwinan keempat Dato’ Jamal bersama Datin Zai Izzati. Dato’ Jamal mempunyai dua orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinannya yang terdahulu iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani. Kedua-duanya sudah meningkat remaja.

Perkongsian ini telah menerima lebih satu ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Datin Izzati juga maintain cantik seperti dahulu walaupun sudah mempunyai empat orang cahaya mata. Begitu juga Dato’ Jamal yang tidak begitu dimamah usia.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Perkongsian ini dihujani dengan ucapan hari raya Aidilfitri buat keluarga Dato’ dan Datin. Antara komen-komen yang diberikan :

” Comel anak4….wife pun lawa. alhamdulillah, lebatnya rambut azura.. Selamat hari raya Aidilfitri kepada artis Jamal Abdillah.. “

” Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir datuk jamal.. alhamdullilah cantik nya datin.. steady dato jamal. beautiful family.. “

” Selamat Hari Raya Aidilfitri kepade Penyanyi Lejen Idola saye ’Otai Pop’ Raja Pop Malaysia Dato’ Jamal Abdillah dan sekeluarga.. Maaf Zahir dan Batin.. “

” SELAMAT HARI RAYA DATIN DAN DATO JAMAL.. maaf zahir dan batin.. Makin lawa Datin.. comel betul anak-anak.. “

” Comel2 semuanya… Rambut Azura macam rambut Ogy dlm flm AZURA.. Selamat hari raya Aidilfitri Dato da Datin.. “

” Selamat hari raya Aidilfitri DJA n famili.. cantik sedondon warna.. anak-anak comel, rambut anak-anak pun lebat belaka.. “

” Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin Dato Jamal Abdillah, cantik dan handsome anak-anak dato dan datin.. “

Klik gambar untuk info..

Cantik berwarna sedondon baju raya Dato’ Jamal dan keluarga. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada Dato’ Jamal Abdillah dan Datin Izzati bersama anak-anak tersayang. Rayakan sebulan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amar Amran, Zai izzati

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT