Artis / Selebriti
” Cerdik Laura ni, baru 2 bulan dah pandai interaksi.. ” – Netizen
Video Terbaru Anak Bongsu Dato’ Jamal Abdillah, Rahil Laura Salsabila Yamani Raih Perhatian Ramai. Wah, Pandailah Laura Ni. Bila Dengar Daddy Nyanyi, Dia Pun Nak Nyanyi Sama !!
Meninjau ke akaun Instagram isteri Dato’ Jamal Abdillah iaitu Datin Zai Izatti, perkongsian terbaru Datin telah meraih perhatian ramai. Datin Izatti memuatnaik sebuah video terbaru anak bongsu mereka yang bernama Rahil Laura Salsabila Yamani.
Kini usia Laura sudah dua bulan dan dilihat sudah pandai memberikan respon apabila diacah. Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan gelagat Laura apabila melihat bapanya menyanyikan lagu kepadanya. Laura dilihat seperti turut sama hendak menyanyi.
Ini kerana Laura boleh mengikut rentak lagu yang dinyanyikan oleh bapanya. Lagu ini hanya golongan otai dan seangkatannya sahaja yang tahu. Wah, kecil-kecil sudah menunjukkan bakatnya. Mesti Laura bakal mengikuti jejak langkah bapanya menjadi penyanyi.

Belum sampai 24 jam ia dimuatnaik, perkongsian video ini telah menerima lebih 8 ratus tanda suka daripada warganet. Comel sangat Laura dan ini merupakan cahaya mata perempuan yang kedua buat Dato’ Jamal. Pastinya secantik kakaknya, Azura apabila besar kelak.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila melihat gelagat Laura. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ala sedih la makyong. macam mak sebijik. tangan pakyop tu. lagi ni la klu main ngan cucus.. Cerdiq nih Laura. Baru 2 bulan pandai interaksi.. “
” Laura da tnjuk bakat tu.. Suara baba bila berckp sma mcm osama la…patut bila nyanyi suara osama mirip baba.. Pandai laura layan babah nyanyi ya.. “
” Comelnya.. Pandai nyanyi tu.. Otai je tau lagu ni.. Awal Laura asah bakat.. Nama baby sama la dgn kita datin.. so comel.. “
” Pandai nk nyanyi tu.. Cantik comel baby.. Yay….. Laura so clever.. comeiiii anak2 Dato n Datin.. Alhamdulillah. Comelnya baby.. “
” MashaAllah… Laura pandaii.. Congrats.. putih melepak baby nya.. Steady…Datuk n Datin….tahniahh semoga dipermudahkan segalanya.. “
” Nyanyi live tu.. Lahir2 pon dh cantik.. mesti besar macam muka kakak azura juga ni.. ger4m tengok baby laura yang bijak.. “
” Pandainyaaa laura.. dh nmpak bakatnya.. baru 2bulan.. Nnti besaq ikut jejak ni. Cantik sangat, ni kalau dah besar, muka limited edition je ni… Comey sangat.. “
Walaupun sudah berusia emas, tidak menjadi masalah buat Dato’ Jamal membesarkan empat cahaya matanya yang masih kecil menerusi perkahwinannya bersama Datin Izatti. Semoga Laura membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Zetty
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

