Connect with us

Artis / Selebriti

” Cepatnya dah besar budak comel ni, sebiji muka mummy dia lah.. ” – Netizen

Video Terbaru Usop Mentor Bersama Anaknya, Muhamad Saif Umar Yang Kini Sudah Berusia 9 Bulan Curi Perhatian Warganet. Alahai Makin Handsome Lah Umar Sekarang, C0py Paste Mummy Sangat !!

Umum mengetahui penyanyi Usop Mentor telah pun mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihan harinya, Nur Fatihah Md Hashim atau lebih dikenali dengan nama Teha pada tahun lalu. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Usop dan Teha turut berkongsi berita gembira tersebut kepada peminat mereka di akaun Instagram dan berkongsi nama yang dipilih untuk putera mereka iaitu Muhamd Saif Umar. Kini pejam celik, pejam celik, usia Umar telah pun memasuki 9 bulan.

Meninjau di akaun Instagram, Usop telah berkongsi video yang memaparkan Usop bersama Umar. Menerusi video itu, Umar telah dipegang Usop dan Umar kelihatan sedang seronok melompat-lompat. Sesekali Umar memandang wajah Usop dan mengukir senyuman.

Di ruangan kapsyen pula, Usop telah berkongsi luahan rasa rindu kepada Umar seolah-olah sekarang Usop sedang berjauhan dengan Usop, berkemungkinan atas urusan kerja. Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan Umar sekarang semakin comel dan wajahnya saling tidak tumpah seperti wajah ibunya.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video yang dikongsikan oleh Usop dan turut memuji kecomelan anak Usop. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :

” Cepatnya dah besar budak comel ni, sebiji muka mummy dia lah.. Hensem lh dy sebiji muka ibu, sejuk ank lelaki muka ibu.. Terus membesar dgn sihat ye.. “

” Dah besar lah dia.. Semoga Saidf Umar jadi anak yang soleh buat mummy dan daddy ya sayang.. Ger4m tengok hidung dia, mancung betul.. “

” Shemarttt nye awak… Nurun mak sngat nih..Moga mmbesar ngn hebat anaknda Muhamad Saif Umar, tak berhenti tengok muka daddy dia.. “

” Muka maknya sgt… Hilang penat mengandung bersalin dpt anak muka maknya.. Nampak gayanya besat nanti lagi handsome lah budak comel ni.. “

” Sebiji muka Teha.. Alololo daddy rindu sangat dekat anak dia.. Daddy sibuk work ye.. Semoga Usop terus bahagia bersama keluarga tercinta.. “

” Comelnya anak, wajah anak memang copy paste wajah isteri Usop lah.. Sejuk orang tua2 cakap sejuk muka bila tengok.. “

” Handsomenya anak Usop dan Teha.. Kejap budak comel ni besar, ger4mnya tengok bila dia pandang daddy dia.. Senyum tu manis betul.. “

Sayu pula baca kapsyen Usop untuk anaknya, mesti Usop sangat-sangat merindui Umar. Apa-apa pun, semoga Umar terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya. Kepada Usop, semoga terus maju jaya dalam kerjaya serta bahagia bersama keluarga tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG usopofficial, Tiktok usopofficial

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT