Artis / Selebriti
” Cara cakap sama macam Maryam lah.. ” – Komen Netizen

Video Gelagat Anak Maryam You Narae, Rina Bermain Dan Bertutur Dalam Bahasa Melayu Raih Perhatian Ramai. Eh, Gaya Pelat Rina Tu Sebijik Macam Omma. Comel Betul Rina Cakap Melayu !!
Meninjau ke akaun Instagram Ryzal Ibrahim, perkongsian sebuah video yang memaparkan anaknya, Rina sedang bermain anak patung telah meraih perhatian ramai. Ryzal menggunakan pertuturan dalam bahasa Melayu sahaja dengan Rina walaupun Rina merupakan anak kacukan Korea.
Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Rina menyelimutkan anak patungnya dengan tisu dan menyatakan anak patung tersebut sedang tidur. Namun diusik oleh bapanya yang anak patung tersebut tidak menutup mata.
Reaksi Rina sangat comel dengan menutupkan mata anak patung tersebut dengan tangannya. Apa yang lebih mencuri perhatian netizen ialah cara percakapan Rina yang sangat seiras dengan gaya percakapan ibunya, Maryam You Narae yang berasal dari Korea.
Cara Rina bercakap juga kelihatan seperti orang Korea yang pelat berbahasa Melayu. Perkongsian video ini telah menerima lebih 7 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Rina sangat comel dan bijak serta mendengar arahan.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang ger4m melihat gelagat comel Rina melayan anak patungnya. Antara komen-komen yang diberikan :
” Rina nak baby, Semoga rina segera punya adik ya.. Comel ayahnya main sama2 join main ngn Anna, Bijak … moga Rina menjadi anak yg solehah.. “
” Suare rina cm mariam..serius comey.. Kalau ada adik, dia mesti jaga adik dia macam tu .. Rina…comel cantik cerdik…pandai sgt dia tu.. “
” Rina tutup mata Anna macam tu ja bagi tidur .. Anna anak kami panas dia p letak dlm peti ais bagi sejuk.. dah boleh bagi rina adek haha.. “
” Wehh, dah besarrrr… lamanya xjumpa sibuk kerja , lama dah tak tengok rina.. gaya cakap dh macam maryam comelll je.. “
” Cara rina cakap mcm mummy dia.. More and more cute Rina ni.. Ujung2 mesti auto geram nengok anak sendiri tu btol2 sama dgn aku.. “
” Bgus tu dia boleh ckp melayu.. org parent kalu org bndr baya gini duk ajar ckp org puteh jer huhuhu.. Stail ckp dh sama mcm mak dia.. “
” Comey lah Rina.. pandai.. Bijak … moga Rina menjadi anak yg solehah.. Rina baru bangun tidur ke tu.. comel rina cakap melayu.. “
Rina bukan sahaja boleh bertutur dalam bahasa Melayu, malah boleh juga bertutur dalam bahasa Korea dan bahasa Inggeris. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Rina membesar dengan sihat, menjadi seorang anak yang baik dan berjaya dalam kehidupan. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ryzal Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Bila dia sebut inspirasi daripada Umi dia, terus laju je aku menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Saya rindukan Walid, Umi dan adik-adik tapi mereka semua dah tiada.. ” – Putri Qisya
-
Viral2 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen