Artis / Selebriti
” Cantiknya, macam kembar Nora Danish.. ” – Komen Netizen
Video sentuhan makeup Dato’ Alha untuk Farahdhiya bertemakan Subtle Luxury Glow buat ramai yang terpegun. Sekali pandang dah macam kembar Nora Danish, cantik sangat-sangat Farahdhiya..
Bagi yang suka mengikuti jurusolek terkenal, Dato’ Alha Alfa, pasti mengetahui yang Dato’ Alha sering berkongsi hasil solekannya buat tatapan umum. Ramai yang kagum melihat hasil tangan Dato’ Alha yang begitu unik dan sentiasa tampak eksklusif.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Dato’ Alha, telah dikongsikan video yang memaparkan Dato’Alha membuat sentuhan solekan kepada penyanyi dan pelakon, Farahdhiya. Tema solekan yang dipilih pula adalah subtle luxury glow yang menampilkan aura elegan serta menyerlahkan kecantikan semulajadi.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat proses transformasi Farahdhiya daripada wajah polos kepada penampilan yang begitu menawan. Sentuhan lembut pada bahagian mata, pemilihan tona kulit yang sekata serta efek kilauan halus pada wajah benar-benar membuatkan Farahdhiya kelihatan berseri-seri.

Ramai warganet turut meninggalkan pelbagai komen memuji hasil solekan tersebut. Ada yang mengatakan gaya solekan itu sangat sesuai dengan personaliti Farahdhiya yang kelihatan matang dan elegan, malah ada juga yang menyatakan bahawa hasil tangan Dato’ Alha sememangnya tidak pernah mengecewakan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cantiknyer, macam kembar Nora Danish.. Faradhiya cantiknya without makeup, with makeup pun bertambah cantik.. “
” Heheh btol dato nnpk nora danish.. Cantiknya makeup macam ni, suka betul tengok, nampak manis, ayu sangat2.. “
” MasyaAllah…. Cantiknyaa…. Dia ni tak di mamah usia ehhh…. Awet muda…. Maintain cantik menawan macam muda2 dlu.. “
” Macam pakai filter.. And macam Nora Danish betul laaa baru je terdetik before Dato cakap.. Masyaallah cantikkkkk.. “
” Selain dari video masakan KA, sy ternanti2 video makeup transform artis2 dari Dato.. Memang superbbbbbb lah.. “
” Macam seniwati sarimah pun ada juga selain nora danish.. Fuh tak pernah mengecewakan lah hasil makeup dato.. “
” Cantik gile.. Lurve terus.. Tak nmpk farahdhiya.. Nampak farah beauty teruk… Lawanyeee dia.. Terpegun tengok.. “
Perkongsian video tersebut sekali lagi membuktikan kehebatan Dato’ Alha dalam dunia solekan profesional. Setiap sentuhannya bukan sahaja menyerlahkan kecantikan seseorang, malah turut memberi inspirasi kepada peminat dan penggemar dunia kecantikan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG alhaalfa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring

