Artis / Selebriti
” Random betul lah Zul Ariffin. Yang tanya soalan pun aneh-aneh .. ” – Komen Netizen
Video Zul Ariffin menjawab soalan-soalan daripada netizen ketika live buat ramai terhibur. Tak sangka Zul ‘ masuk air ‘ macam ni. Semua jawapan spontan dan kelakar, haha..
Sesi live pelakon, Zul Ariffin baru-baru ini benar-benar mencuri perhatian netizen. Siapa sangka pelakon yang sering tampil serius di layar kaca TV itu rupanya ada sisi ‘masuk air’ yang jarang ditonjolkan. Video tersebut telah dikongsikan di akaun Instagram Xtra.my.
Menerusi sesi live tersebut, Zul meluangkan masa menjawab pelbagai soalan daripada peminat. Daripada soalan tentang kerjaya, kehidupan harian sehinggalah soalan ‘random’ yang langsung tidak dijangka. Yang membuatkan ramai terhibur ialah jawapan spontan Zul yang bersahaja dan penuh jenaka.
Tanpa berfikir panjang, Zul membalas dengan nada selamba sambil berseloroh. Jawapan spontan itu membuatkan ruangan komen dipenuhi dengan emoji ketawa daripada netizen. Zul dilihat beberapa kali ketawa sendiri membaca komen netizen yang pelik-pelik.

Rata-rata netizen mengakui mereka tidak menyangka Zul boleh menjadi begitu kelakar ketika live. Ada yang mengatakan sesi live tersebut menunjukkan sisi sebenar dirinya yang lebih santai dan ‘sporting’. Tidak hairanlah jika ramai yang berharap Zul akan membuat lebih banyak sesi live selepas ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen adalah :
” Siapa laaa yang tanya soalan pelik-pelik tu .. Haishhhh .. soalan yang kuban kuban memang jawapan pun kuban kuban jugak la.. “
” Dah laa hensem kelakar pulak “Tengahari jadi hijau” Bleh masuk raja lawak thun dpn, soalan merapu kna laa tu dgn jawapan pn savage sket.. “
” Dah soalan masing-masing pelik nau. Hahaha.. Terlepas pulak live zul arifin ni, .. Zul pun jenis masuk air jugak yeee tinggi2 suamii arghhhh. “
” Random betul laa Zul Arifin. Hat tanya soalan pun aneh aneh .. Belakang sikit. Tak selesa. Jadiiii? Nitizen bantai je dia bantai lik.. “
” Dah umuq 40 xkan nk nmpk 13 dekah aku. sama baya aku ni. awat dia ckp utagha ..dia org sana ka, tkpasal2 dapat zul ariffin core, jawab tanpa pikir yaa.. “
” Orang kedah mmg bckp mcm ni.. otak depa wire lagu lein.. X pasai ikut gelak sekali.. Lawak upenya zul ni.. bole apply maharaja lawak hahaha.. “
” Tudiaa org tepen.. Tak jogging kat taman tasik ka. Dulu2 slalu nmpk hang jogging kat situ. Mai balik mkn koteow Dolly kaih.. “
Pendek kata, sesi live itu bukan sekadar sesi soal jawab biasa, tetapi bertukar menjadi hiburan spontan yang membuatkan netizen semakin menyukai personaliti sebenar Zul. Memang lain macam apabila Zul Ariffin sudah ‘masuk air’.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Xtramy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen

