Connect with us

Artis / Selebriti

” Cantiknya Fasha, nampak elegant bila pakai hijab.. ” – Netizen

Fasha Sandha Kongsi Gambar Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Adik Iparnya, Ikmal Aziz. Namun Penampilan Fasha Yang Manis Berhijab Raih Pujian Peminat. Aisha Amaira Pun Comel Sangat Pakai Gaun Kembang !!

Sebelum ini, suami Fasha Sandha, Aidil Aziz telah berkongsi video dan gambar majlis akad nikah adik bongsunya, Ikmal Aziz di akaun Instagram. Meskipun majlis tersebut hanya dihadiri oleh ahli keluarga sahaja kerana mengikut standard pematuhan PKP, namun ia kelihatan meriah dan berjalan dengan lancar.

Terbaru, menerusi akaun Instagram Fasha, telah berkongsi gambar-gambar sekitar majlis resepsi adik iparnya itu. Kelihatan seluruh ahli keluarga hadir memeriahkan suasana majlis tersebut dan penampilan Fasha bersama suami dan anaknya juga telah menarik perhatian ramai.

Fasha yang berpakaian sedondon dengan ahli keluarga Aidil kelihatan cantik berseri. Manakan tidak, Fasha telah tampil menggayakan baju kurung moden dan lengkap berhijab. Manakala anak kecilnya pula, Aisha Amaira dipakaikan baju kembang yang begitu comel.

Selain itu, Fasha tidak ket1nggalan berkongsi gambarnya bersama pengantin baru. Cantik dan anggun melihat raja sehari yang tampil mengenakan baju pengantin bertemakan songket. Malah Fasha juga turut berkongsi gambarnya bersama ibu mertua serta ahli keluarga yang lain.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Gambar Fasha bersama ibu mertua, pengantin baru serta tetamu yang hadir.

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

https://www.instagram.com/p/CNPDAzilvMq/

Meninjau di ruangan komen, ramai memberikan ucapan tahniah buat pengantin baru dan memuji akan penampilan Fasha pada majlis tersebut begitu cantik. Antara komen-komen menarik adalah :

” Cantik Fasha bertudung, nampak manis. Suka tengok penampilan Fasha macam ni, semoga satu hari nanti Fasha akan terus bertudung.. “

” Wow Fasha dah kurus lah, baju cantik, orang pun manis dipandang, terpersona plk tengok gaya Fasha kali ni.. “

” Selamat pengantin baru buat adik ipar Fasha, semoga ikatan ini kekal hingga ke syurga. So cantik Fasha, masyaALLAH.. “

” Cantik yakmat sis, baju pun lawa. Ger4m tengok si kecil tu, pandai mama dia bersiapkan dia, nampak bertambah comel.. “

” Langsing dah badan Fasha, cepat betul kurus. Pakai baju mcm ni, nampak cantik macam datin seri, tudung tu pakai terletak elok.. “

” Suka tengok Fasha bahagia, didoakan smga Fasha terus pakai tudung, sebab memang nampak bertambah cantik dan ayu .. “

” Keluarga bahagia, sweet gambar Fasha dengan ibu Aidil, nampak serasi. Selamat pengantin baru buat adik Aidil, cantik pengantin.. “

Amboi berseri betul Fasha, memang nampak manis dan anggun bila Fasha berpakaian sebegini. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat pengantin baru buat adik ipar Fasha, semoga perkahwinan ini akan kekal bahagia hingga ke jannah, aamin..

Silakan SHARE…

Sumber : IG  Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT