Artis / Selebriti
” Cantiknya anakanda Sultan Abdullah. Selamat hari lahir Puteri Ilisha.. ” – Netizen

Koleksi Gambar YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera Sempena Hari Keputeraannya Raih Perhatian Netizen. Cantik Puteri Ilisha, Persis Bondanya Cik Puan Julia Rais !!
Keluarga Yang Di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sememangnya sering mendapat sorotan media dan netizen. Selain kepribadian baginda yang berjiwa rakyat, anakanda-anakanda baginda juga mencur1 tumpuan.
Meninjau akaun Instagram Istana Negara, telah dikongsikan beberapa keping koleksi gambar Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Hari ini merupakan hari keputeraan Puteri Ilisha dan ucapan semoga Puteri Ilisha dipanjangkan usia dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan dituliskan di ruangan kapsyen. Sebanyak 6 keping gambar dapat dilihat dalam posting ini.
Selain gambar Tengku Puteri Ilisha berseorangan, wajah ketika Puteri Ilisha semasa kecil juga dapat dilihat. Comel sahaja Puteri Ilisha sewaktu usia kanak-kanaknya. Gambar terakh1r pula memperlihatkan gambar bersama putera dan puteri Sultan Abdullah yang lain.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh pihak Istana Negara ini telah mendapat belasan ribu tanda suka daripada netizen. Ucapan selamat hari keputeraan juga diberikan oleh netizen di ruangan komen dan antara komen-komennya :
” Selamat Ulangtahun Keputeraan YAM Tengku Puteri Ilisha Ameera & saya juga. Sama pula tarikh ulangtahun kelahiran kita. 01/10.. “
” Selamat ulang tahun YAM Tengku Puteri Ilisha Ameera. Alhamdulillah Tengku Puteri Ilisha, semoga diberi yang terbaik dunia dan akh1rat.. “
” Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Amat Mulia kepada Tuan Puteri. Semoga Tengku Puteri sentiasa dalam rahmat Allah.. “
” Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan YAM Tengku Puteri Ilidha Ameera. semoga sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.. “
” Selamat Ulang tahun hari keputaraan YAM Tengku Puteri Raja Ilisha Ameera. May Allah Swt always bless you in good healthy, happiness with family. And long life.. Aamin2 Yrabb.. “
” Happy birthday Tengku Puteri llisha Ameera. semoga sehat sllu amiin ya Allah. Family Diraja yang paling best tengok.. “
” Cantiknya anakanda Sultan Abdullah. Ini anak CP Julia Rais ke, muka macam bondanya. Comel-comel semuanya, suka tengok putera, puteri Tuanku ni. Selamat hari lahir Puteri Ilisha.. “
Antara gambar-gambar lain yang turut dikongsikan :
Anggun dan bergaya Tengku Puteri Ilisha apabila kian dewasa kini. Semoga pada hari keputeraan ini, Puteri Ilisha dikurniakan Allah kebahagiaan bersama insan tersayang dan sentiasa berjaya dalam apa jua lapangan yang diceburi.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Istana Negara, IG Tengkufahadshah.fc
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Aku 0bses betul, dia speaking sedap dengar. Accent dia, cair weh.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti2 weeks ago
” Ad0i kelakar jugak Watie ni. Aku ulang-ulang tengok, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Kita yang baca pun berjurai air mata, ini kan pula Uchee yang menanggung.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti1 week ago
” Comel je ayah, tak pernah tahu pun.. ” – Nur Dhaniyah Ridzuan
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Makin cantik lah Odah sekarang, suka dengar slang Odah cakap, terpaling overseas.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti2 weeks ago
” Patut Rahim tak0t, memang tak boleh percaya main dengan Jep yang akai panjang ni, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Red tengah tahan gelak weh. Aku pulak tak tahan berdekah, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti2 weeks ago
” Ni memang betul-betul anak bapak. Suara, lenggok dan gaya sebijik sama.. ” – Netizen