Artis / Selebriti
” Budak ni tak menipu tau. Dia tahu hati siapa yang bersih.. ” – Komen Netizen
Video seorang kanak-kanak secara tiba-tiba memeluk Fazura di sebuah event. Respon Fazura buat ramai tersentuh. Alahai sayangnya dia pada Fazura, peluk erat tak nak lepas tu..
Fazura digambarkan sebagai seorang wanita yang kuat dan selalu positif dalam mengharungi kehidupannya. Walaupun banyak peristiwa yang menimpa Fazura, namun wanita besi ini sentiasa tersenyum dan berlapang dada dengan semua yang terjadi.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sonichussien, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah spontan seorang kanak-kanak lelaki ketika bertemu Fazura di sesi Meet and Greet with Fazura. Kanak-kanak ini tanpa segan terus memeluk Fazura dengan penuh kasih sayang.
Fazura pula sememangnya sukakan kanak-kanak dan sikap penyayangnya itu membuatkan sesiapa sahaja yang mendekati terasa dekat dan selesa. Fazura turut memeluk kanak-kanak lelaki ini dan mereka mengabadikan potret bersama sebagai kenangan.

Reaksi Fazura dan caranya melayani peminat kecilnya itu mendapat pujian daripada warganet. Itu lah Fazura, baik dewasa bahkan kanak-kanak juga jatuh sayang terhadapnya. Ini mengingatkan warganet mengenai impian Fazura untuk memiliki anak lelaki.
Jom tonton video di bawah :
@sonichussien ALLAH jaga kita semua! Jadilah org baik!
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Budak ni tak menipu tau… dia tahu hati sape yg bersih.. dgn ikhlas kasih sayang bdk tu peluk faz mcam mak dia.. “
” Sedih dan terharu , tak tahu nak ckp apa lg fasal fazura , mudah mudahhan Allah pertemukan fazura dgn seorang lelaki yg betul 2 memahami dan menyanginya dgn sepenuh hati dan dpt membinmbing dirinya.. “
” Peluk erat mcm kenal rapat.. siap paut leher masa bergambar.. Weh dia peluk fazura mcm kakak dia je haaha. Teringat faz ckp nk ank lelaki minta doakan. Tp takdir berkata lain huhuhu.. “
” Kalau budak2 sukakan kita itu maknanya, kita punya aura yg positif.. satu lg kucing..mmng murah rezeki Fazura, seorang wanita & ibu yg baik.. “
” Fazura ni baik orgnye.. lembut je… aura ibu yg baik.. faz mmng baik gila masa beli tudung kt fazura parade ipoh ad jmpa dia, dia xrasa geli pon nk plok mak sy plok sy.. tq kak faz lyn kami.. “
” Smlm saya ada kat sini.. fazura baik sgt.. dri bawah dah tgur semua org.. siap gurau dgan anak sy.. anak sy ckap ckp fazura cantik sgt.. baik dan xsombong lgsg wpun dia artis.. “
” Alahai sayangnya peminat kecik tu dekat fazura. bukan main lagi peluk fazura.. pandai adik amk hati bakal mak mertua ye heheh.. “
Aura keibuan dan positif Fazura bukan hanya dapat dilihat oleh golongan dewasa tetapi juga dirasai oleh anak-anak kecil seperti kanak-kanak ini. Semoga Fazura sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan kebahagiaan dan tercapai semua impian Fazura.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sonichussien
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti2 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen

