Artis / Selebriti
” Bravo Aafiyah, sambil main piano siap boleh sambung lirik lagu ibu nyanyi lagi.. ” – Komen Netizen

Video Siti Aafiyah Bermain Piano Ketika Ibunya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Berlatih Menyanyi Raih Perhatian Ramai. Wah Hebatnya Aafiyah Main Piano, Dah Macam Profesional !!
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, telah dikongsikan beberapa posting yang memaparkan DS Siti bakal mengadakan konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan tidak lama lagi. Konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos nanti pada jam 8.30 malam di Arena of Stars, Resorts World Genting, Genting Higlands.
Namun salah satu video yang dikongsikan oleh DS Siti telah mencuri perhatian ramai. Video tersebut memaparkan gelagat anak sulungnya, Siti Aafiyah bermain piano ketika DS Siti sedang berlatih menyanyi. Jika didengar dengan teliti, DS Siti sedang menyanyi lagu bertajuk ‘Nadi’ dan alunan muzik piano yang dimainkan oleh Aafiyah mengikuti rentak lagu tersebut.
Ketika saat akhir video dirakam, Aafiyah sempat menyambung lirik lagu yang dinyanyikan oleh DS Siti dengan menyebut ‘ Berikan lah ‘. Ramai peminat mengatakan begitu teruja melihat Aafiyah bermain piano dan mengharapkan yang Aafiyah akan beraksi bersama ibunya di Konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan nanti.
Sehingga kini, video terbaru Aafiyah bermain piano ini telah menerima belasan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Meskipun baru berusia 6 tahun, nampaknya Aafiyah sudah pandai main piano dengan baik sekali. Lebih-lebih lagi dapat mainkan untuk lagu ibunya.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video oleh DS Siti ini. Antara komen-komen menarik dapat kami kongsikan adalah :
” Alahai comelnya. Dah boleh nampak future konsert Tokti feat Aafiyah.. Muka pun dah macam pro dah Aafiyah. Huhu hebat lah anak Tokti ni.. “
” Bravo Aafiyah.. Sambil main piano siap boleh sambung lirik lagu ibu nyanyi lagi.. Nampak dah bayangan DS Siti dalam diri Aafiyah.. “
” Terbaikkk Aafiyah.. Aafiyah memang ada bakat lah main piano.. Nanti 1 day show ibu.. Aafiyah main piano dan ibu nyanyi . Wow 1 day .InshaaAllah.. “
” Wahh boleh buat konsert famili nanti.. Tengok Aafiyah main piano terus terbayang DS Siti, hahahaha.. Aafiyah memang copy paste ibu betul.. “
” Bestnye la jd Aafiyah.. Main piano, bekap dia penyanyi no 1 negara.. Bkn senang oo nk suruh penyanyi no 1 negara bekap time kita main muzik.. “
” Adakah Aafiyah akan bersama2 atas PENTAS main piano menerusi lagu Nadi di Genting.. Wahhh tak sabar semoga dipermudahkan segala urusan insyaallah amin Siti Nurhaliza.. “
” Wahhhh Aafiyah pelapis Tokti satu hari nanti ni.. Nampaknya macam Aafiyah akan ada atas stage sekali ni. Kalau betul, Mesti ramai teruja nak tengok nanti.. “
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Nampaknya Aafiyah juga mempunyai minat dalam bidang muzik seperti ibunya. Apa-apa pun, bagi peminat lagu ‘Purnama Merindu’, ‘Cindai’ dan ‘Anta Pernama’ , jangan lepaskan peluang keemasan untuk menikmati persembahan konsert DS Siti nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Enjoy pulak dengar budak-budak ni menyanyi. Hael dengar mesti tergelak sama, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Aku menangis teresak-esak masa dia cakap kita sorang je bang. Macam kena robek hati ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Nampaknya Fattah dan Mira dua-dua dah declare ni, tak selindung lagi. Happynya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Perangai lah dua-dua ni, rosak Fattah layan Erma. Dua-dua masuk air, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Part ni memang ambil DNA mak dia. Selamba je dia me’minion’kan appa dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bacaan mirip Sheikh Mishary Al Afasy.. ” – Ustaz Tarmizi
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Cantik sangat rumah Nurul ni, macam resort pun ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rasa nak ikat muncung tu. Tolong lah tak payah kemam, haha.. ” – Komen Netizen