Connect with us

Artis / Selebriti

” Bila The Chosen One habis nanti mesti diorang akan rindu moment ni kan.. ” – Netizen

Video Gelagat Putera Muhammad Dan Amir Main Kejar-Kejar Raih Perhatian Warganet. Alahai Coach Pun Dah Macam Budak-Budak. Mana Tak Seronok Si Amir Ada Coach Macam Ni. Sampai Bawah Meja Coach Masuk Nak Kejar Amir. Sayang Betul Putera Pada Amir !!

Sudah 4 minggu Putera Muhammad bersama adik Amir dalam The Chosen One. Banyak memori yang dicipta antara Putera dan adik Amir. Saban minggu juga, hubungan antara coach dan protege ini juga semakin akrab dan serasi apabila menyanyi bersama.

Tema rock and roll pada minggu ini menyaksikan persembahan hebat Putera dan adik Amir membawakan lagu Taman Rashidah Utama. Lagu rock tetapi ada lenggok nasyid, unik dan merdu sekali dendangan Amir dan Dato’ Awie juga suka mendengar Amir tarik suara tinggi.

Meninjau akaun Tiktok Aqilah Maria, telah dikongsikan gelagat Putera ‘membul1’ adik Amir. Dapat dilihat Putera bermain kejar-kejar dengan adik Amir di dalam sebuah bilik. Alahai ini bukan coach, dah lebih kepada rakan sebaya pula. Seronok Amir ada coach macam Putera ini

Bukan Amir yang mengejar Putera tetapi sebaliknya. Alamak coach pula bertukar menjadi budak-budak ni. Amir pun redha sahaja lah kena ‘bul1’ dengan coach, melayan perangai coach yang ‘masuk air’. Kelihatan ikhlas kasih sayang Putera terhadap Amir ketika dia memeluk Amir.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@aqilahmaria_

Ni coach ke rakan sebaya? Amir redha je la kena buli dengan @Putera Muhammad. Mesti dia tak faham kenapa coach dia macam ni 😂😂😂 Congratulations dapat ke semifinal gaiss! #thechosenone

♬ Taman Rashidah Utama – Wings

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Dia tetap kanak-kanak biasa.. Tahniah Amir dapat ke separuh akhir. Terima kasih Coach Putera Muhammad, termoj.production6 Cikgu Dila dan semua krew yg terlibat. Go go Amir Sisi.. ”

” Nasib la Mir dapat coach terlebih masuk air haha.. coach hppy sngt sbb adik amir dpt msuk separuh akhir the chosen one tahniah adik amir n ptra Muhammad buat yg trbaik.. ”

” Patut la amir nmpk mesra dgn putera… pandai putera amik hati dia.. Coach pandai layan, satu kepala coach dengan Amir.. ”

” Suka sangat tengok bonding putera dengan adik Amir ni.. Main-main dengan Amir tak nak bagi dia stress hehe.. ”

” Coach putera Muhammad happy sangat-sangat sebab adik Amir masuk ke semi-final…. Tahniah dan semoga berjaya.. ”

” Bila The chosen one habis nanti mesti diorang akan rindu moment ni kan. Amir dh mula rasa serasi dgn putera. bimbing dia sebaiknya. dia ibarat kain yg putih, masih bersih. sbbtu nyanyian dia boleh buat org nangis.. ”

” Antara moment yang akan menjadi kenangan terindah suatu hari nanti…. ukhuwah fillah.. kesian Amir risau dia tengok coach jadi macam tu.. mana satu coach, mana satu student nah ni haha.. ”

Seronok tengok gelagat Putera dan Amir, tentu apabila The Chosen One berakhir nanti masing-masing akan saling merindui moment bersama. Ada coach macam ni, hilang semua stress. Apa-apa, selamat maju jaya Amir dan Putera Muhammad untuk minggu akan datang dan semoga berjaya ke final.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Aqilah Maria

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT