Viral
” Bila dia sebut inspirasi daripada Umi dia, terus laju je aku menangis.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung mangsa tragedi Sungai Korok, Putri Qisha Nur Izzat berkongsi mengenai cita-citanya buat ramai menjadi sebak. Part Qisha bagitahu sebab apa dia memilih cita-cita tersebut tu paling sedih, sebak sangat..
Kisah menyayat hati tragedi Sungai Korok baru-baru ini benar-benar meruntun jiwa ramai rakyat Malaysia apabila enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak terkorban selepas kereta Proton Iswara yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai.
Satu-satunya anak mangsa yang terselamat dari insiden itu ialah Putri Qisya Nur Izzat, 12 tahun, anak sulung kepada pasangan arwah Mohd Azim Ezzat Ishak dan Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy. Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram, pihak Radio Hot FM telah menghubungi Qisya untuk mengetahui keadaannya sekarang.
Panggilan tersebut dijawab oleh ibu saudara Qisha dan memberitahu yang emosi fizikal Qisha sekarang dalam keadaan baik-baik sahaja dan Qisha seorang anak yang sangat kuat. Selain itu, AG ada bertanya mengenai cita-cita Qisya, Qisya menjawab yang dia ingin menjadi seorang juruterbang.

Akui Qisha, cita-citanya mahu menjadi seorang juruterbang TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) kerana inspirasi daripada cita-cita arwah Uminya. Kata Qisha, arwah Uminya dahulu mahu menjadi seorang TUDM, namun hasratnya tidak tercapai dan dia mahu menyambung hasrat ibunya itu.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan ramai yang menitipkan kata dan doa buat Qisha. Antara komen-komen warganet adalah :
” Allah bg ujian pada hambanya yg kuat..Mampu.. Insyaallah adik Qisya kuat.. Tabah.. Moga impian dan cita-citamu tercapai Anakanda Qisya. Amin.. “
” Insyallah Qisya akan berjaya dgn apa yg di cita2 kan.. Anak yg baik, solehah berjaya dunia akhirat.. Moga Allah permudahkan urusan anak ini.. “
” Sayang Qisha, jauh pandangan, bagusnya adik Qisha.. Semoga tercapai cita cita adik.. Stay strong Qisya semoga Allah melindungi kamu.. “
” Saya dengar suara nya aja saya kelua air mata sedeh saya doa. Untok anak ini Allah lidung dari segala2 nya.. Aamin3.. “
” Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dari Kami semua kepada Qisha. Semoga cita-citanya itu tercapailah. Kekalkan terus semangatnya itu untukmu.. “
” Bila dia sebut inspirasi daripada uminya, terus laju ja aku menangis.. Semoga cita-cita Qisha itu akan tercapai.. Belajar rajin2 yer anak solehah.. “
” Hope takde sape2 kacau dia lg la.. Kena jaga mental dia juga.. Jgn la curi2 amik gmbr video.. Kita kena jaga privasi dia.. Yg terbaik doakan.. “
Selain itu, ibu saudara Qisha juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan Qisha dan memberikan kata-kata semangat kepada Qisha. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan semoga Qisha terus kuat dan tabah mengharungi kehidupannya, semoga cita-cita anak solehah ini akan tercapai satu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

