Artis / Selebriti
” Bila dia berleter tu terus bahasa lain, laju dan puas hati sikit, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat anak Maryam You Narae, Rina yang tidak memberikan kerjasana ketika sesi photoshoot raih perhatian ramai. Sekali punya panjang Maryam membebel pada Rina. Nasib baik Appa berjaya pujuk Rina..
Meninjau ke akaun Instagram Ryzal Ibrahim, perkongsian sebuah video ketika sesi photoshoot keluarga telah meraih perhatian ramai. Sesi photoshoot tersebut dilakukan di rumah mereka dan semuanya berpakaian sedondon serba putih.
Apa yang meraih perhatian ramai ialah apabila melihat gelagat Rina yang tidak mahu memberikan kerjasama ketika sesi photoshoot. Hal ini membuatkan Maryam kelihatan marah dan mula berleter dalam bahasa Korea. Wah, jarang sekali kita melihat Maryam berleter.
Ryzal mengambil tugas untuk memujuk Rina agar memberikan kerjasama dengan baik. Ryzal membisikkan sesuatu kepada Rina dan akhirnya Rina bersetuju. Ryzal seperti berjanji untuk membelikan sesuatu untuk Rina. Pandai ye appa pujuk Rina.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Akhirnya, Maryam berhenti berleter dan Rina juga mampu mengukirkan senyuman ketika sesi photoshoot. nasib baik Maryam tidak bertukar menjadi singa, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Bila dia berletiaq tu teruih bahasa lain hahaha.. uar bhs ibunda terus ya , laju dan puas hati skit.. Alolooo comelll je rina penat ekk. Strangely, tanpa tengok subtitle kita faham maryam cakap apa.. “
” Mmg patut ayah pujuk..mak dia penat dah..siap2 smua banyak bnda nak buat 1 hari..xpe laa jgn kondem mak dia..jd seorng mak dlu baru tau.. “
” Aku mcm gini la…mujur daddy nya penyabar… aku bebel2,marah2 anak,dia diamm je..ngn daddy2 diamm..kang taw2 bergelak ketawa dua beranak tu…alahai..hahahah.. “
” Ayah2…memang suke bagi bisikan keramat, pastu rahsia dari eboo.. Cameraman mesti x faham apa yg Maryam bebelkan tp rasanya faham bila mak² bebel tu .. “
” Bagus jgk ya kalau dapat cakap bahasa lain..takdelah nk bebel anak dpn org org kecam dh jadi bahasa rahsia pulakk.yang penting bebel pun slay.. “
” Sama la,,,ibu da bebel2,,,ayah yang handle tenangkan anak,,,kalau ayah marah2 ibu pulak take turn tenangkan anak n bagitau sebab knape ayah marah,,,begitulah anak perempuan,,,hatinya selembut tisuu.. “
” Hahahaa mami geng omma merentan lah kalau anak x bg kerjasama … lg2 nk begambo raya aduhhh… papa penyelamat suasana.. “
Biasalah apabila bergambar bersama anak-anak kecil sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Mood anak-anak ini kadangkala boleh bertukar secara tiba-tiba. Agaknya bagaimanalah hasil gambar tersebut. Nampaknya Rina akhirnya memberikan kerjasama.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ryzal Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen