Artis / Selebriti
” Bergetar suara dia tahan sebak bercerita perihal arwah abang, sedihnya.. ” – Komen Netizen
Video Adik Bongsu Allahyarham Zulfarhan Berkongsi Perangai Dan Kenangan Indah Bersama Abangnya Menyentuh Hati Ramai. Walaupun Tersenyum, Adik Tahan Sebak Bercerita Tentang Abangnya Yang Telah Pergi Buat Selamanya !!
Hari ni pihak Radio Era telah menjemput bapa dan ibu kepada Pegawai Kadet Laut, allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain iaitu Encik Zulkarnain Idros dan Puan Hawa Osman hadir ke studio. Rupa-rupanya bukan bapa dan ibu arwah sahaja yang dijemput, adik bongsunya turut hadir ke konti Radio Era.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram era.je, penyampai segmen 3 Pagi Era telah bertanya antara kenangan-kenangan indah adik arwah Zulfarhan dengan abangnya itu. Kedengaran ada getar pada suara adik Zulfarhan ketika memulakan bicaranya.
Menurut adiknya, Zulfarhan seorang yang suka mengusik, lebih-lebih lagi apabila adiknya itu sedang duduk berseorangan. Antara kenagan lain, kadang-kadang mereka juga mengambil gambar bersama. Mereka juga pernah berpakat untuk prank ibu mereka.

Perkongsian ini sekali lagi membuatkan ramai yang tersentuh dan sebak mendengar cerita adik Zulfarhan. Setakat artikel ini ditulis, video ini telah mendapat hanpir 8000 tanda suka dan juga 100 lebih komen yang ditinggalkan oleh warganet.
Jom tonton video di bawah :
Bak kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu yang dipikul oleh keluarga arwah. Antara komen-komen warganet adalah :
” Mmg dia suka usik adik dia dan sgt rapat antara mereka berdua.. the best part bila masuk waktu solat arwah akan mtk adik dia pegi solat dgn tegas tp lembut.. “
” Korang perasaan x suara adik bongsu sebak x terkeluar kata kata, bergetar.. ehh aku yg nanges.. betul lah Allah uji untuk hambaNya yang mampu.. “
” 7 tahun.. kejap je masa berlalu. Mungkin ms tu adik bongsu dia pun bru msk sekolah menengah? Mmg dlm umur2 yg tgh rapat dgn abg.. “
” Cantiknya adik arwah , Itulah jaga diri elok2 abang dah x ada.. Semoga Mak Cik & Pak Cik dikurniakan kebahagiaan hidup dunia hingga akhirat.. “
” Sya nangis lagi utk kesekian kalinya, sya cuma mengikuti kes ni dri awl dlu, dan sehingga kini sebak sgt mndgr segala perkongsian dan kenangan yg sgt dirindui ahli keluarga.. “
” Sebaknya.. ternangis lah pulak.. Allah, awk sgt merindui arwah abg kan, temukn mereka d sane nti ya Allah.. Sedih bila ingt kenangan… xleh dh nk cipta kenangan.. Al fatihah.. “
” Nangis je dengar cite.. Sedih nya.. Bergetar suara dia tahan sebak bercerita perihal arwah abg.. kuat betul family dia. kalau aku xleh nk cite lebih2 rasa sebak.. “

Pastinya kenangan usik mengusik antara abang dan adik menjadi kenangan yang terindah buat adik Zulfarhan selepas pemergian abangnya dan tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan buat allahyarham Zulfarhan di sana. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen

