Artis / Selebriti
” Sedih part mak dia kata 2 kali gugur dan arwah anak yang bawa kegembiraan untuk dia.. ” – Komen Netizen

Video Ibu dan Bapa Allahyarham Zulfarhan Berkongsi Cerita Mengenai Arwah Buat Ramai Yang Menitis Air Mata. Part Yang 2 Kali Gugur Dan Sebab Letak Nama Zulfarhan Tu Sebak Sangat. Bergetar Suara Ibu Menahan Rindu Yang Tidak Berpenghujung !!
Umum mengetahui kisah yang menyayat hati berlaku kepada seorang Pegawai Kadet Laut, allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain padu tujuh tahun lalu. Akhirnya nasib arwah terbela apabila enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dijatuhi hukuman gantung sampai mat1 oleh Mahkamah Rayuan baru-baru ini.
Pada hari ini, pihak Radio Era telah mengundang bapa dan ibu arwah Zulfarhan, Encik Zulkarnain Idros dan Puan Hawa Osman hadir ke studio untuk berkongsi cerita dan meluah rasa hati mereka. Penyampai yang bertugas di segmen 3 Pagi Era hari ini adalah Radin, Namie dan juga Hawa Rizwana.
Pastinya perkongsian ini mengusik hati pendengar yang mendengar siaran secara live pagi tadi. Siapa sahaja yang tidak terkesan dengan kes ini. Sedangkan kita yang tiada pertalian darah dengan arwah pun boleh terusik hati. Ini kan pula ibu, bapa serta keluarga arwah Zulfarhan itu sendiri.
Kelihatan ibu dan bapa arwah Zulfarhan begitu tenang bercerita dan menjawab soalan yang ditanya. Namun ada kalanya kedengaran ada getaran pada suara Puan Hawa yang sedikit sebak ketika berkongsi cerita mengenai kenangan bersama arwah.
Ikuti perkongsian di bawah :
Perkongsian ini membuatkan ramai yang sebak dan menitiskan air mata. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Sedihnya… seorang anak yg diraikan masa lahir.. kemudian dijaga dgn penuh kasih syg, didik dgn didikan terbaik.. apa shj anak nak, smua dituruti.. tp hujung nya.. mcm gitu je diorang tamatkan riwayat si anak.. “
” Bersalah dengan Allah boleh bertaubat, bersalah dengan manusia tanpa kemaafan fikir la sendiri.. Berhati2lah krn doa org teraniaya itu sgt mustajab..”
” Rasanya mana mana mak pun tak sanggup nak terima. Zalim sgt depa buat kat anak dia. Kesiannnn dah la anak tu anak yg di harap2kan setelah gugur 2 kali. Allah.. faham sgt rasa tu.. “
” Sedih part mak dia kata 2x gugur dan arwah anak yg bawak kegembiraan utk dia.. Kuat mak bercerita kenangan dgn anaknya.. “
” Anak sulung pulak tu.. memang terasa weh.. Getar suara ibu tahan rindu yang tak berpenghujung.. Allahh.. Sy berapa kali nangis da baca kes ni.. “
” Mak ayah dah jaga / besarkan elok-elok, orang lain senang² ambil nyawa dia.. Jangan kata hati seorang ibu, kita yang tak kenal pon tak mampu nak hadam kes ni.. “
” Ya Allah.. mengalir skali air mata bila tgk mak arwah bercakap.. hati seorang ibu..mana mungkin boleh lupakan sbb pernah berkongsi nyawa dgn arwah smsa arwah dalam kandungan ibunya dlu.. “
Impian seorang ibu dan seorang ayah untuk melihat anak mereka tamat pengajian akhirnya musnah begitu sahaja kerana orang lain. Sama-sama kita mendoakan semoga Encik Zulkarnain Idros dan Puan Hawa Osman serta keluarga tabah dengan apa yang berlaku. Al-Fatihah untuk arwah Zulfarham.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia buat steward tu dah macam member-member dia je. Tu yang paling kelakar tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menyatakan saya berhias, wife pun bersiap-siap tapi Tiara selekeh, anak tak terurus.. ” – Achey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kening tu memang berubah 360 darjah. Amazing sangat lah, berubah muka dia, tak macam Irma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dulu Eizlan Yusof dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Habis kalau dia kahwin dengan saya, siapa nak jadi bodyguard Dato’ ? ” – Zizan Razak
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Best duet ni, umpama klon suara Siti Nurhaliza dan Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Fuhh, padu betul suara adik ni. Sekali dia tarik memang ada tone Ziana Zain lah beb.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mesti masa ni Spacedollah dan Mama YB gelak guling-guling. Lurus betul weh, haha.. ” – Komen Netizen