Artis / Selebriti
” Berdekah aku dengar Janna cakap, Dini pun boleh tahan kelakar, haha.. ” – Netizen

Video Lakonan Janna Nick Bersama Suaminya, Dini Schatzmann Buat Ramai Terhibur. Sekali Dini Pun Kena Cakap Loghat Utara. Muka Tu Pasrah Betul, Haha !!
Meninjau di akaun TikTok milik pakmatwestern telah dikongsikan video yang memaparkan Janna Nick bersama suaminya, Dini Schatzmann. Menerusi video tersebut, pasangan ini sedang berlakon menjadi rider makanan. Namun telatah Janna telah mencuit hati ramai.
Janna bercakap loghat utara dan sedang memarahi seorang lelaki bernama ‘Piduih’ kerana tidak memberikan alamat dengan betul. Bukan itu sahaja, telatah Dini yang cuba menasihati Janna agar sabar juga mengundang tawa warganet.
Video kedua pula memaparkan telatah pasangan suami isteri ini menaiki sebuah motosikal. Kelihatan Janna sebagai penunggang membawa Dini di belakangnya. Ada peminat mengatakan yang lakonan Janna dan Dini ini antara yang paling menghiburkan.
Selain itu mereka berseloroh Dini seperti masih tidak faham loghat utara yang Janna cakap dan Dini juga nampak seolah buat-buat faham sahaja. Sehingga kini, video lakonan Janna dan Dini ini telah menerima ribuan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini ;
@pakmatwestern Buat hal la firdaus ni 😤 #fyp #foryou #foryoupage
@pakmatwestern
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terhibur selepas menonton lakonan Janna bersama Dini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Berdekah aku gelak dengar Janna cakap, Dini pun boleh tahan kelakar, haha.. Ngam betul dua laki bini berlakon, haha menjadi sungguh.. “
” Janna ni kan buat pasal, hahaha.. Aduhaii Janna awat hang lolaq sangat perangai tu.. Cian la Encem boy tu hang dok pekena dia.. “
” Hat ni paling aku suka, nampak tak tipu2 nah.. Menjadi betul lawak.. Aku ulang banyak kali.. Nak dengaq.. Hang pasei apa, hahaha.. “
” Rindu drama Iman Firdaus… Rindu Janna Nick msa tomboy, hahahaa.. Dini muka terkejot je dengar Janna cakap, hahahaa lawak2.. “
” Kejung muka Dini dengar Janna marah.. Hahahaa tak boleh blah part naik moto tu, siap suruh husband dia tonggek. haha.. “
” Husband tu tak paham tu saja buat2 paham, hahahahhaa.. Muka pasrah ja Dini.. Best dengar Janna cakap utara, hehehe dengar kasar, tapi best.. “
” I love Janna Nick ad .. Comey giller walaupun tengah marah, hahahaa.. Tak pasal2 Firdau jadi mangsa marah Janna, hahahahaa mohon bertabah.. “
‘Masuk air’ betul Janna, macam-macam Janna buat dekat Dini. Dini pun pasrah sahaja apa yang dibuat oleh isteri tersayang. Apa-apa pun, pasangan ini memang antara pasangan yang sweet sebenarnya. Ini hanyalah lakonan semata-mata dan semoga yang menonton juga turut terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok pakmatwesterncafe
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ya Allah pilu rasa hati ni tengok keadaan kereta mangsa. Terbayang macam mana diorang nak selamatkan diri.. ” – Komen Netizen