Viral
” Bayangan bas tu dekat taman, ibarat mereka di syurga.. ” – Komen Netizen

Hasil lukisan arwah Muhammad Mustaqim (UPSI) seperti memberi bayangan apa yang bakal berlaku menyentuh hati ramai. Ada bas, penghadang jalan dan perkataan mat1. Allahu, dah macam hint..
Meninjau ke akaun Tiktok Sinar Harian, perkongsian sebuah video yang memaparkan hasil lukisan arwah Muhammad Mustaqim yang seolah-olah memberikan bayangan apa yang bakal berlaku pada dirinya telah meraih perhatian ramai.
Hasil lukisan arwah Mustaqim kini berada dalam simpanan ibu bapanya memaparkan tiga keping gambar iaitu sebuah bas, penghadang jalan dan juga perkataan mat1. Ketiga-tiga gambar ini sudah cukup menunjukkan apa yang berlaku kepada arwah sehingga meragut nyawanya.
Arwah mempunyai bakat seni yang luar biasa kerana kesemua hasil lukisannya cukup cantik. Walaupun banyak lagi lukisan lain, namun tiga lukisan yang dilukisnya ini cukup menyentuh hati apabila mengenangkan peristiwa hitam tersebut.
Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Untuk info, kemalangan yang berlaku di Gerik yang melibatkan pelajar UPSI ini telah mengorbankan 15 orang pelajarnya.
Jom tonton video di bawah :
@sinarharianonline Lukisan bas, penghadang jalan, mesej ‘mati’ seolah petanda Lukisan bas, penghadang jalan dan perkataan ‘kematian’ yang ditinggalkan Allahyarham Muhammad Mustaqim Rosde, 21, seolah-olah menggambarkan takdir hidupnya sebelum terkorban dalam nahas bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Tasik Banding, Gerik, Perak, pada 9 Jun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim. Ibu arwah, Juariah Abd Rahman, 48, berkata, tiga lukisan itu ditemui selepas dia mengemas semula barangan peribadi anaknya yang dihantar pulang ke rumah oleh pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉 📅 25–27 Julai 🕘 9 pagi – 12 tengah malam 📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam KarnivalSiangMalam SinarHarian Beritasemasa nahasgaerik UPSI kemalanganmaut MustaqimRosde
Di ruangan komen, ramai yang memuji betapa cantiknya lukisan arwah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Org yg suka melukis ni jiwa dia lain. mcm ank sy. suka sgt melukis. dia meluah dlm isi hati dia melalui lukisan.. “
” Pada pendapat saya, Arwah melukis untuk mencari semangat dalam melalui kehidupan dan sebuah ketenangan atau kedamaian yang dia impikan.. “
” Apa pun semoga Allah SWT merahmati dan mempermudah urusan arwah di akhirat, serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.. “
” Bayangan bas Tu dekat taman Tu… ibarat mereka Di syurga.. jelas arwah ank yg baik,,hebat.. insha Allah syurga tempatmu dik.. “
” Moga rohnya ditempatkan bersama2 org yg beriman aaminn yarabbal alamin.. kenderaan warna oren. Jiwanya hanya Allah yang tahu.. “
” Masha Allah.. Cantik semuanya hasil tangan arwah.. Al Fatihah (dibaca) Semoga rohnya ditempatkan dlm kalangan para solihin dan alam barzakhnya bagai taman2 Syurga seindah hasil lukisannya.. Allahu.. “
” Hilang satu permata seni negara.. al fatihah buat arwah mustaqim. Seni oleh ahli syurga, sedihnya moga syurga utk arwah.. “
Sememangnya cukup cantik dan indah hasil lukisan arwah Mustaqim yang kini hanyalah tinggal sebagai kenangan buat kedua ibu bapanya. Semoga roh arwah Muhammad Mustaqim ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sinar Harian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Sangat limited nak jumpa yang perangai macam arwah Nurly ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terkantoi pulak dah, ni bukti kukuh ni. Manja betul dengar Bella panggil YB macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar suara dia, serius merdu. See, yang pernah dia kecam dulu.. ” – Komen Netizen