Artis / Selebriti
” Baru nak serius dengar Jep bercerita, sampai part interview tu aduhai Jep.. ” – IG Sinar FM
Video Jep Sepahtu Bercerita Tentang Pengalaman Kerja Yang Mencuit Hati. Dari Kilang Percetakan Sampai Ke DJ Radio, Macam-Macam Kerja Jep Ni. Part Interview Tu Paling Lawak, Berdekah Elizad Dan Angah Gelak. Sp0il Betul Lah Jep Ni, Hehe !!
Setiap orang pasti ada pengalaman kerja yang manis dan juga pahit. Apa sahaja kerja yang dilakukan, tentu memberi banyak ilmu serta pengalaman dan sekiranya bekerja dalam suasana yang menyeronokkan, itu bonus untuk semua pekerja.
Meninjau akaun Instagram Sinar FM, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan team pagi Sinar iaitu Jep Sepahtu, Angah Raja Lawak, Rahim Sepahtu dan Siti Elizad bercerita tentang pengalaman kerja.
Kata Jep, dia seorang yang kalau berkerja di sesuatu tempat, pasti tempohnya lama. Kerja pertama Jep adalah di kilang percetakan dan pada waktu itu Jep merasakan sampai ke tua pun sudah selesa bekerja di situ.

Tetapi atas des4kan pengurus di situ, Jep mencuba nasib untuk beralih kerja ke syarikat penerbangan. Jep turut bercerita pengurusnya itu yang meminjamkan Jep baju dan keperluan lain untuk memudahkan urusan Jep.
Jom tonton video di bawah :
Aduilah Jep, gaya bercerita tu memang nampak serius tetapi part interview tu memang lawak. Tergelak Elizad dan Angah, ada pula interview jawatan pengurus, hehe. Jep kalau tak melawak memang tak sah.

Apa-apa pun, pengalaman itu banyak mengajar dan sekarang Jep telahpun 8 tahun berkhidmat di radio Sinar FM. Semuanya rezeki daripada Allah dan semoga Jep terus dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar, IG Jep Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti5 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah first time dapat tengok Abbas. Handsome boy lah Abbas ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen

