Artis / Selebriti
” Baru keluar vibes Gang Starz dorang. Versi paling best selepas Rossa.. ” – Komen Netizen
Video persembahan kumpulan The Lima di konsert minggu ke 8 Gegar Vaganza 11 raih pujian ramai. Lagu Aku Bukan Untukmu versi The Lima yang cukup padu dan harmoni. Patut lah dapat juara mingguan minggu ni. Bunda Hetty pun puji geprek..
Saingan semakin sengit untuk semua peserta program realiti TV, Gegar Vaganza 11. Bagi minggu ke 8 ini, tema ‘Kengkawan’ dibawakan dan semua peserta memberikan persembahan yang hebat. Semuanya berusaha untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik.
Meninjau entry di akaun Instagram Sinar_my, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan kumpulan The Lima. Minggu ini The Lima membawakan lagu dendangan asal rakan senegara mereka, Datuk Rossa berjudul Aku Bukan Untukmu.
The Lima sememangnya dikenali dengan paduan suara yang lunak antara ahlinya iaitu Taura, Bony Adam dan Arif Topan. Lagu dendangan asal Rossa ini dinyanyikan dengan cukup baik dengan style mereka yang tersendiri. Lagu penyanyi solo tetapi dinyanyikan secara berkumpulan, kelunakan dan keharmonian suara mereka menambat hati juri dan penonton.

Ianya cabaran untuk mendapatkan alunan yang harmoni tetapi The Lima berjaya melakukannya. Sekadar info, The Lima merupakan juara pertama Gang Starz iaitu rancangan realiti televisyen TV3. Setelah berbelas tahun, The Lima membuat comeback di Gegar Vaganza 11.
Jom tonton video di bawah :
(Klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@sookamalaysia Jom layan Gegar Vaganza 2024 setlap Ahad, 9 malam LIVE di Astro Ria atau strim di Astro GO dan sooka. #GegarVaganza2024 #GV11 #BintangKembaliMenyengat #AstroMalaysia #AstroGo #fyp #GegarVaganza #GV #GegarVaganza11 #TheLima
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 400 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Terbaik, tahniah atas kemenangan malam tadi The Lima.. Persembahan terbaik daripada The Lima. dengar banyak kali pun tak puas.. “
” Best sangat, harmoni je suara dorang ni.. Meremang tengok persembahan dorang bertiga malam tadi.. congrats.. memang layak menang.. “
” Terbaik minggu ni.. ada rasa manis masin masam pahit.. semua ada rasa tak lebih tak kurang.. best sangat.. terbaik lah The Lima.. “
” Memang layak dorang dapat nombor 1.. bagus sangat. dia buat macam lagu sendiri je kan.. best sangat dorang carry lagu ni.. “
” The Lima nih dari zaman Gangstarz pon chemistry diorang mmg superb lah. Even dah lama tinggal dunia competition tapi still on top.. “
” Lagu Rossa sgt susah utk membawakan dgn penjiwaan tapi the Lima did justice to her song so it’s not a surprise dpt nombor 1 .. memang layak tahniah.. “
” Baru keluar vibes gangstarz dorg.. dulu masa gangstarz gini lah mmg kena kreatif dari lagu solo jadikn lagu kumpulan kna ada harmoni.. “
” Versi paling best selepas Rossa.. chemistry diorang ni memang bagus.. tahniah the lima and tahniah bony adam usaha membuahkan hasil.. rasanya bony dah dapat suara dia zaman2 gangstar dulu. yeah happy for him.. “
Persembahan pertama yang menerima geprek daripada Bonda Hetty Koes Endang. Kagum dengan effort semua ahli The Lima untuk memastikan lagu ini dialunkan dengan baik. Usaha yang membuahkan hasil, tahniah The Lima bergelar juara minggu ini dan semoga terus bersinar untuk minggu-minggu yang akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar_my, Tiktok Sooka Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Arwah Siti Sarah vs Jamal Abdillah versi gen Z. So talented.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil

