Artis / Selebriti
” Bapaknya pun, adoi lawak. Jujur sungguh review, telus sungguh.. ” – Komen Netizen

Ridzokumura Muatnaik Video Anaknya, Sky Sedang Menikmati Makanan Mentah Yang Disediakan Oleh Isterinya, Akiko Buat Warganet Terhibur. Adui Bang, Elok Je Sky Makan, Siap Kata Sedap Lagi. Bila Bapak Tekak Melayu, Anak Tekak Jepun, Macam Ni Lah Jadinya, Haha !!
Ridzokumura antara usahawan yang selalu menjadi perhatian warganet lebih-lebih lagi jika pada bulan Ramadhan kerana video makanan sahur dan berbuka yang dimakan oleh anaknya, Sky. Juadah itu disediakan oleh isterinya, Akiko yang berasal dari Jepun.
Meninjau entry di akaun Tiktok Ridzokumura, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ridzokumura merakam Sky sedang menjamu selera. Dapat dilihat, di atas meja telah terhidang segelas air bersama semangkuk nasi yang terisi sebijik telur kuning mentah dan juga sepinggan makanan mentah bersama bawang merah dan tomato yang telah dipotong.
Riuh mulut Ridzokumura mengulas makanan anaknya itu dan dalam masa yang sama Ridzokumura merasa geli melihat Sky makan telur mentah yang digaulkan bersama nasi. Ridzokumura yang membebel dalam loghat Perak ini mencuit hati warganet.
Makanan sebegini sememangnya biasa untuk orang Jepun dan Akiko menyediakan makanan yang terbaik untuk kesihatan Sky. Dapat dilihat Sky makan dengan penuh berselera, berkemungkinan Sky sudah biasa makan makanan mentah seperti ini sejak dari kecil lagi.
Jom tonton video di bawah :
@ridz_okumura Idokkkk lah teman nak makan nya komeeee oooiiii
Sehingga kini perkongsian oleh Ridzokumura ini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dengan saya sekali uiiii tengok Sky makan mentah-mentah macam tu haha. Sky makan selamba je… bapak nya dh kembang tekak tengok sky gaul kuning telor dgn nasi tu.. ”
” Bapanya pun haha.. dia tak paham apa aku cakap haha.. ,daddynya makan tempoyok rileks je .gtu la Sky rasa sedap dia.. ”
” Sy gaul telur mentah dng ayam nak goreng pun rasa geli nak teruwekk, ni pulak dia boleh makan cam tu je,, tp baguslah dia dapat terima apa je yg mak dia masak, terbaik la sky.. ”
” Haha lawak la nak terkeluar isi perut.. Sebab ni la saya follow abang, memang telus takde fake haha.. idak le akuuuu haha.. ”
” Haha sabar bang sabar.. bapak sky ni mengalah kan emak2 klo tengok sky makan haha.. memang orang jepun lah sky ni.. ”
” Bapaknya pun adoii lucu haha.. bapaknya mengumpat belakang anak tak, mengumpat depan-depan anak iye haha.. ”
” Terikut kembang tekak ni sekali bang haha… tak lawak sajaa la abang ni, jujur sungguh reviews.. ”
Kita yang tidak biasa dengan makanan mentah seperti itu pastinya tidak akan menyukainya. Lain pula dengan Sky dan Akiko yang sudah biasa, pastinya menjadi makanan kegemaran mereka. Semoga banyak lagi perkongsian menu juadah yang dimasak oleh Akiko selepas ini.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mak, along nak rampas dia punya kekasih mak. Dia cuba caras, pakai kasut Fattah mak.. ” – Betty Rahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bunda kata amazing, memang power, international singer. Nak nangis dengar, serius meremang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Liza Aziz rap terkeluar style Almarhum ibunya, Normadiah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Feeling betul Kak Long menyanyi lagu Abang Long. Best sangat suara tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Semakin berat hint daripada abang Long Fattah. Jelas sangat tu, takde cover dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mata masuk habuk lah, touching tengok video ni. Sayang betul Matin dengan mummy dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Masuk air betul lah Sharnaaz, berdekah Ameera kena sakat, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Aku baca komen semua, engkau ni kahwin paksa Fikry. Kau kena betulkan benda ni.. ” – Ain Edruce