Artis / Selebriti
” Banyak kali tengok pun nak tergelak jugak dekat hujung tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video teaser produk Abaya oleh Fattah Amin dan Amira Othman buat ramai teruja. Wah bukan kaleng-kaleng Abang Long punya effort untuk Kak Long. Part last tu amboi-amboi, sweet tapi kelakar, hehe..
Amira Othman bakal melancarkan abaya keluarannya pada 27 Mei akan datang. Sebagai langkah promosi, Amira bekerjasama bersama rakan sekerjanya, Fattah Amin untuk membuat video teaser bagi produknya itu. Sebelum ini Amira ada berkongsikan sedikit sedutan video teaser tersebut.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fattah Amin dan Instagram Amira Othman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan video penuh teaser part 1 lakonan mereka berdua. Memandangkan ianya produk abaya, tema Arab menjadi pilihan dan ianya sangat bertepatan.
Menerusi video itu, Fattah yang memakai baju jubah putih cuba menyelamatkan diri dan membawa sebiji beg pakaian daripada gangguan gangster yang menyekatnya di pertengahan jalan. Amira pula kelihatan sedang menanti di rumah dengan memakai abaya berwarna hitam.

Jalan cerita yang menarik serta lakonan mantap Fattah dan Amira membuatkan warganet tidak sabar untuk menanti sambungan teaser ini. Terpegun semua dengan scene yang dipaparkan dan mutu videonya juga bagus. Demi rakan sekerja tersayang, sepenuh hati Fattah membantu.
Jom tonton video di bawah :
@fattahamin Ada yang perlu dilindungi. Part 1
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Wah the best teaser for emierabaya…. tak sabaq nak tengok sambungan. Tahniah director as here FattahAmin & heroin Amira Othman.. proud both of u dear.. “
” Bertahun² aku dlm dunia pekerjaan, tak pernah la pulak aku atau aku dgr seorang pekerja meletakkan effort sebegini kepada rakan sekerjanya yg lain.. “
” Gempak teaser nya .. wow sangat scene dia.. apa kata pasnie kuar telemovie korang berdua confirm best.. “
” Fuhhh… tuan director bagi all out punya teaser demi Abaya Kak Long… bukan kaleng2 dia punya promo utk abaya.. “
” Promote tumbler dengan tshirt FA pun tak macam ni ekkk.. effort untuk rakan sekerja memang A.. “
” Perghhhhh gempakk gilerr arrghh Teaser dia, kalah Blood Brothers .. Habibi otw jadi hubby, ouch.. “
” Byk kali tgk pun nk tergelak jugak kat hujung tu. Mantap kak long dan abg long.. sweet tapi ada komedi haha.. terhibur betul tengok.. “
Mantap idea Fattah untuk video jalan cerita untuk promosi Abaya Amira ini. Memang all out Fattah berikan semata-mata untuk menolong rakan sekerjanya berniaga. Apa-apa pun, semoga semua doa-doa peminat untuk Fattah dan Amira dimakbulkan Allah. Part 2 please..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Amira Othman, Tiktok Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hilang kata-kata masa dengar doa Tok tu. Sebaknya time Kak Pila pandang Tok Red.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti3 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen

