Connect with us

Artis / Selebriti

” Banyak hajat dan doa Alin kat Tanah Suci masa tu.. ” – Bienda

Perkongsian Video Throwback Bienda Bersama Arwah Adiknya, Nur Fazlinda Ketika Menunaikan Umrah Buat Ramai Rasa Sebak. Patutlah Alin Teruja Sangat Nak Pergi Umrah. Rupa-Rupanya Umrah Pertama Dan Terakhir Alin. Sedihnya Baca Perkongsian Bienda !!

Umum mengetahui yang adik kepada penyanyi, Bienda dan juga anak kepada penyanyi dangdut, Sheeda iaitu Nur Fazlinda telah pun pergi buat selama-lamanya pada hari Khamis yang lepas. Mesra dipanggil Alin, Alin pergi akibat sakit k4nser hati yang dihadapinya.

Menerusi akaun Instagram, Bienda telah memuatnaik video ketika mereka menunaikan umrah baru-baru ini. Menurut Bienda, Alin sangat teringin menunaikan umrah walaupun pada saat akhir Bienda ingin membatalkan dan menunda tarikh mereka.

Klik gambar untuk info..

Tetapi disebabkan keterujaan Alin, Bienda tidak jadi membatalkan trip umrah mereka. Rupa-rupanya itu merupakan umrah pertama dan terakhir buat Alin. Pelbagai kisah dikongsikan oleh Bienda, antaranya Alin turut berjaya khatam Al-Quran sebelum mereka pulang ke Malaysia.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Alin kelihatan sangat ceria wajahnya ketika berada di Tanah Suci. Pastinya memori ini akan sentiasa terpahat di hati Bienda sehingga akhir hayat.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :

” Alfatihah…sy pon cancer fighter juga…smoga bienda n fmily trus kuat.. Walau keluarga sedih tp seharusnya sgt syukur kerana anakanda tergolong dlm org yg dirahmati Allah..inshaAllah.. “

” Bidadari syurga, kembali kpd-Nya blm berkahwin, bersih kembali dr umrah, hbs khatam Quran, bln mulia… Allah.. org yg baik sgt disayangi Allah. “

” Permergian yang sangat dicemburui, rajin baca Al Quran perginya pada hari Nuzul Al Quran, Pasti Allah dah letakkan arwah dikalangan orang2 soleh dan dekat dengan Rasullulah a.s.. “

” Innalillahiwainnailaihirojiun.Muka dia lgsg xnmpk yg dia sdg sakit, dia ceria je..xprnh kenal tp xtau knp sy suka tgk dia. Alfatihah utk arwah,semoga dikalangan yg beriman.. “

” Pergi yang dicemburui cantik berseri sangat Alin time ni..Al Fatihah untuk Alin.. Alin cantik.. in shaa Allah syurga buat alin, aamiin .. “

” Comel sgt alin..suara pun nk sama dgn bienda.. salam takziah.. Bagus penyanyi shida nehh, alin pergi dgn redha makayahnya syurga dik untukmu Al fatihah setelah dibaca utk arwah alin.. “

” Bertuahnya Alin Allah pilih pergi di bulan baik semoga Alin bahagia disana.. semoga kami juga mendapat pengakhiran mcm Alin .. “

Klik gambar untuk info..

Kami di Berita Kopak mengucapkan salam takziah buat Bienda sekeluarga atas pemergian adik tersayang. Semoga Bienda terus tabah menjalani kehidupan yang mendatang dan semoga roh arwah Alin ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman . Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bienda

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT