Connect with us

Artis / Selebriti

” Bangga sangat, good job Dr Idham dan Amy.. ” – Netizen

Usaha Dr Ahmad Idham Dan Isterinya Membantu Anak-Anak Istimewa Raih Pujian Peminat. Bagus Inisiatif Dr Idham Ni. Semoga Perjuangan Ini Dipermudahkan. Terbaik !!

Memiliki anak istimewa membuatkan Dr Idham terkesan dengan perihal yang melibatkan kanak-kanak istimewa seperti anaknya. Banyak dug4an dan kesukaran dalam membesarkan anak istimewa terutamanya melibatkan pendidikan.

Tidak seperti kanak-kanak normal, anak istimewa memerlukan suasana yang baik untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Meninjau akaun Instagram Dr Idham, telah dikongsikan sekeping gambar Dr Idham bersama anaknya, Ahmad Firdaus dan beberapa orang penting dalam menjayakan misinya.

Mengimbau kenangan hampir 20 tahun yang lalu, betapa sukarnya Dr Idham mencari sekolah pendidikan khas untuk anaknya itu. Dek kerana memahami ramai lagi ibu bapa yang senasib dengan mereka, Dr Idham mengambil langkahnya ini.

Memeterai memorandum persefahaman antara Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus bersama Tadika Sinar Indah Berkat di Ampang, Dr Idham berharap anak istimewa mendapat pendidikan sebaiknya. Tekadnya agar usaha ini dapat dikembangkan ke seluruh Malaysia.

Jom baca perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by Dr Ahmad Idham (@ahmad_idham)

Bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan namun usaha Dr Idham ini mendapat sokongan daripada para peminat. Kata-kata pujian diberikan oleh mereka dan antara komen-komen :

” Amy dan Ahmad Idham, full respect for both of you. Salute cara Dr ahmad_idham & wife membesarkan dan mendidik Firdaus sampai ke tahap sekarang.. “

” Alhamdulillah steady Dr Ahmad Idham dan Amy. Syukur dan tahniah atas kejayaan ini. Insya Allah semua berjalan dengan baik.. “

” Amin ya Rabb, semoga berhasil semua usaha Dr Idham ini. Alhamdullillah dan Terbaik Dr. Semoga dipermudahkan segala urusan2nya demi anak2 syurga.. “

” Kakak amat menyokongnya. Peristiwa pahit 2009 masih tetap dalam ingatan betapa sukarnya mencari sekolah untuk anak istimewa ini… ada sekolah men0lak mentah- mentah anak istimewa ini. Tuhan sahaja yang tahu krtika itu.. “

” Terbaik, alhamdulillah dr Ahmad Idham. Semoga segala urusan dipermudahkan. Syukur semoga menjadi asbab pahala.. “

” Tahniah.. tolong buka kat Subang Jaya pula.. saya masih mencari yang selamat dan sesuai untuk anak syurga D0wn Syndr0me saya. Semoga usaha yg murni ini akan dipermudahkan Allah. Alhamdulillah.. “

” Alhamdulillah tahniah. Semoga Allah merahmati sekeluarga Ahmad Idham hendaknya. Bangga sangat, good job Dr Idham dan Amy.. “

Alhamdulillah usaha murni yang pastinya akan memanfaatkan ramai anak-anak istimewa selepas ini. Semoga segala kebaikan Dr Idham ini akan dibalas oleh Allah dengan kurniaan rezeki yang melimp4h ruah dan kebahagiaan bersama keluarga tersayang. Semoga berjaya Dr Idham.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Ahmad Idham

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT