Artis / Selebriti
” Bagus Mat Dan ajar anak dia walaupun dia mualaf.. ” – Netizen
Video Anak Mat Dan, Zayne Menjawab Soalan Bapanya Tentang Agama Buat Ramai Terhibur. Jawapan Yang Tidak Disangkakan, Petah Sungguh Zayne Berkata-Kata, Comel Sangat !!
Mohammad Kareef Daniel bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan merupakan seorang warganegara United Kingdom. Mat Dan seorang pengembara sejak dari usia muda lagi dan mula menetap di Malaysia pada tahun 2009 kerana dia sukakan suasana di Malaysia terutamanya di Pulau Kapas.
Mat Dan telah memeluk agama islam pada tahun 2013 dan memilih gadis melayu sebagai teman hidupnya. Mendirikan rumahtangga bersama Nadifa Adnan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Zayne Tyler.
Zayne kini sudah berusia 2 tahun dan Mat Dan sering memuatnaik videonya bersama anaknya itu. Apa sahaja aktiviti Mat Dan pastinya bersama Zayne termasuk memuat review produk. Gelagat Zayne sentiasa mencuit hati netizen.

Menerusi akaun Instagram, Mat Dan telah memuatnaik videonya bersama Zayne di dalam sebuah kenderaan. Mereka dalam perjalanan untuk menghantar keropok lekor jualannya kepada pelanggan. Mat Dan telah berbual dengan anaknya dengan bertanya tentang masjid.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen memuji cara Mat Dan mendidik anaknya. Antara komen-komen mereka :
” Mat dan yg omputih pon ckp melayu dgn anak kan.. respect… ni artis msia yg mlayu lowat nak ckp omputih dgn anak….. but zayne so cute… “
” Aku bangga dgn mu mat dan … walaupun muallaf… mu terbaik didik zayne… Allah pelihara mu mat dan.. “
” Allahuakbr.. pndainya bdk hndsme ni.. “
” Cerdiknya zayneee… Omey ngatt cakak Allahuakbar.. “
” Clever zayne. moga jd ank yg soleh bila bsr nanti yea zayne.. “
” Tahniah daddy mat_dan1 semoga dpt mendidik Zayne menjadi anak yg soleh.. “
” Baguslah mat dan ajar anak dia .walaupon dia mualaf anak dia bijakkkk cuteeeeeee mulut petah bercakap.. “
Alahai, comel je jawapan Zayne dengan menjawab Allahuakbar. Sikap Mat Dan yang selesa bertutur dalam bahasa melayu bersama anaknya turut mendapat pujian ramai orang. Semoga Zayne membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi kebanggaan kepada ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mat Dan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kereta teruk juga lah. Airbag semua keluar, itulah hentakkan yang kena muka dengan kaki dia.. ” – Rozi Abdul Razak
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kan dah cakap dorang shoot video pre wedding sekali. Aww guling-guling dah aku ni.. ” – Komen Netizen

